Sumber Rujukan Globalisasi Anda

NORMA BAHARU PERSEKOLAHAN

Norma baharu persekolahan ada salah satu benda baru yang perlu diterima oleh golongan pendidik dan pelajar. Setelah sekian lama sekolah ditutup, tidak lama lagi sekolah akan dibuka semula. Sudah pasti kebiasaan sudah berubah. Pihak sekolah perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar wabak covid-19 ini tidak terus menular. Untuk permulaan hanya pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja yang perlu pergi ke sekolah. Jika pelajar tidak sihat tidak perlu pergi ke sekolah.

Isi Kandungan

Garis Panduan Norma Baharu Persekolahan

Garis panduan baharu di sekolah juga membabitkan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh guru untuk mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit.

Menteri Kanan (Pendidikan), Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata antara SOP berkenaan ialah penjarakan sosial di bilik guru bagi mengelakkan kesesakan dalam ruangan yang kecil.

 

Sebahagian guru akan ditempatkan di pusat sumber atau perpustakaan, bilik komputer, makmal bahasa dan makmal sains atau bengkel.

Mengenai tarikh pembukaan semula sekolah, beliau berkata, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara masih meneliti data berkaitan dan membuat keputusan.

“Notis pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua minggu lebih awal dan hanya membabitkan pelajar sekolah menengah tingkatan lima dan enam saja. Sekarang belum ada tarikh pembukaan sekolah,” katanya.

norma baharu persekolahan
NORMA BAHARU PERSEKOLAHAN 2

Garis panduan norma baharu persekolahan itu juga menetapkan beberapa peraturan baru kepada pelajar bermula sebaik mereka melangkah masuk ke sekolah, ketika pembelajaran, waktu rehat serta berada di asrama.

Mohd Radzi berkata, SOP norma baharu persekolahan diperkenalkan juga menetapkan peraturan yang perlu dilaksana pihak sekolah seperti penjarakan sosial di dalam kelas, kawasan sekolah, bilik guru, kantin dan asrama pelajar.

Sebaik pelajar melangkah masuk ke pagar sekolah, suhu mereka akan diperiksa terlebih dulu dan jika ada simptom, akan dimaklum kepada guru.

Beliau berkata, norma baharu persekolahan di dalam kelas, kedudukan di antara murid dijarakkan satu meter bagi memastikan penjarakan sosial selain bilangan mereka dihadkan mengikut kesesuaian dan keluasan kelas.

“Norma baharu persekolahan di makmal sekolah akan ditandakan jarak bagi memastikan adanya penjarakan sosial. Ini bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksana dengan baik dan selamat,” katanya dalam laporan khas disiarkan BERNAMA TV, hari ini.

Beliau berkata, waktu rehat pelajar juga akan dilaksana secara fleksible bagi mengurangkan risiko kesesakan murid di kantin.

“Semua pelajar perlu membeli makanan berbungkus. Ada beberapa pilihan makanan untuk pelajar dan pelajar perlu beratur mengikut garis panduan ditetapkan dengan jarak satu meter ketika membeli makanan.

“Mereka mengambil makanan dengan kuih dan air terus bergerak balik ke kelas. Pelajar akan makan di dalam kelas kemudian mereka perlu bersihkannya,” katanya.

Bagi memastikan tidak berlaku kesesakan dalam kawasan sekolah, laluan akan ditandakan anak panah dan pelajar perlu mengikut arah berkenaan sepanjang berada di sekolah.

“Pelajar akan bergerak mengikut arah anak panah yang ditetapkan dan ia dilaksnaa di semua sekolah. Cara terbaik ialah memastikan semua jalan sehala. Bagi laluan agak besar, kita boleh buat laluan dua hala tetapi dengan penjarakan dan anak panah yang jelas,” katanya.

Bagi garis panduan di asrama pula, beliau berkata, kedudukan katil pelajar akan dijarakkan satu meter dan bagi katil dua tingkat, hanya bahagian bawah digunakan.

“Dewan makan di asrama juga sudah ada ditandakan nama pelajar dan ini boleh dilaksana di sekolah yang tidak ramai murid.

“Setiap sekolah juga mesti ada bilik isolasi bagi tujuan merawat pelajar yang menghadapi kes kecemasan berkaitan kesihatan,” katanya.

Norma baharu persekolahan

Pemeriksaan suhu badan pelajar dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara kebiasaan baharu bakal diamalkan selepas sekolah dibuka kelak.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata garis panduan itu menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala, tindakan selanjutnya akan diambil.

 

“Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki. Ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius. Pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.

“Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi (pengasingan), iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala, maka mereka akan dibawa ke sini. Pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan pusat kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata selepas melihat norma baharu persekolahan semasa lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Mohd Rabin Basir dan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim.

Kebiasaan baharu itu antara kandungan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang kementerian itu hari ini.

Garis panduan norma baharu persekolahan setebal 34 muka surat itu dihasilkan secara terperinci dan menyeluruh bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, Mohd Radzi berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai aspek penjarakan sosial atau norma baharu persekolahan ketika anak mereka di kantin memandangkan waktu rehat dijalankan secara berperingkat dan semua pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing.

“Pelajar perlu membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebelum pulang ke kelas masing-masing untuk makan.

“Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu. Kita akan menjarakkan waktu rehat,” katanya.

Bagi memastikan penjarakan sosial antara pelajar terjaga, Mohd Radzi menjelaskan, susunan meja bagi setiap kelas mesti dalam jarak satu meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain.

Katanya, kedudukan pelajar di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.

Mengulas mengenai pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah pula, beliau berkata, arah laluan pelajar akan ditanda dengan anak panah bagi mengelakkan pertembungan berlaku.

Selain itu, katanya, guru-guru juga tidak perlu khuatir kerana mengikut garis panduan norma baharu persekolahan yang dikeluarkan, keselamatan dan kesihatan mereka turut dititikberatkan oleh kementerian.

“Guru tidak perlu risau mereka akan bersesak-sesak dalam bilik guru, kerana pihak sekolah perlu memastikan terdapat penjarakan sosial walaupun dalam bilik guru. Guru yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kementerian turut mengeluarkan garis panduan sama bagi pelajar tinggal di asrama iaitu katil mereka dijarakkan satu meter malah, dewan makan turut menitikberatkan penjarakan sosial di antara pelajar.

Sumber : Berita Harian, BERNAMA

Menarik untuk dibaca: Garis panduan pembukaan sekolah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More