Sumber Rujukan Globalisasi Anda

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH AKAN MULA DIEDARKAN ESOK 2020 URGENT!

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH : Semenjak berlakunya pandemik covid-19, kerajaan telah menutup institusi pendidikan semenjak sesi cuti persekolahan pada mac 2020. Setelah hampir 3 bulan dalam perintah kawalan pergerakkan, Kerajaan bakal mengumumkan pembukaan semula sekolah tetapi hanya melibatkan pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Bagaimanapun kerajaan belum memutuskan tarikh pembukaan sekolah.

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH
GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH

Memetik laporan harian metro hari ini :

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH

GARIS Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai esok bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya, kata Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu hingga mereka pulang, dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat apakah kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan maka setiap sekolah telah bersedia.

“Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah iaitu ruang yang boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan… apa yang penting semua pihak mainkan peranan iaitu pengurusan sekolah, guru termasuk ibu bapa misalnya, jika anak bergejala tidak perlu hantar ke sekolah,” katanya.

Beliau yang juga menteri kanan berkata demikian kepada Bernama selepas melakukan lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, Kajang, semalam.

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH AKAN MULA DIEDARKAN ESOK 2020 URGENT! 1
GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir dan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim.

Mohd Radzi berkata, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan memainkan peranan memantau sekolah bagi memastikan garis panduan yang disediakan dipatuhi.

“Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata ibu bapa tidak perlu risau menghantar anak mereka ke sekolah selain perlu memainkan peranan mendidik anak mendisiplinkan diri sekurang-kurangnya dengan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.

Ditanya mengenai bila sesi persekolahan akan bermula, beliau menegaskan setakat ini masih tiada tarikh yang ditetapkan dan pihaknya bekerjasama rapat bersama KKM dan MKN untuk memutuskan perkara itu.

“Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka… kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,” katanya.

Menurutnya, pembukaan sekolah kelak hanya membabitkan pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja dengan hampir 3,000 sekolah menengah di seluruh negara yang akan dibuka.

Justeru, pengumuman garis panduan yang bakal kerajaan maklumkan esok adalah untuk persedian pihak sekolah. Juga buat ibu bapa dan pelajar bersedia menghadapi norma baharu pada sesi persekolahan yang akan datang.

Sumber : harian metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More