Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PADU: Sistem Pangkalan Data Utama 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan kemaskini dan pendaftaran ke Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi tahun 2024 untuk makluman dan rujukan semua rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)?

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Rakyat Malaysia boleh mula mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perlu

  • Membuat semakan data di Portal PADU.
  • Mengemas kini 39 maklumat.
  • Mengesahkan maklumat.

Untuk makluman semua, sistem ini adalah berlainan dengan program ID Digital Nasional (IDN) kerana ia merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa kini, sistem tersebut menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja dan pengintegrasian IDN dengan Sistem Pangkalan Data Utama akan dilaksanakan kelak.

Objektif & Matlamat Sistem PADU

Berikut merupakan objektif pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama, iaitu

  1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  3. Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan untuk mencapai matlamat berikut:

  1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  2. Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  3. Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Keberkesanan pelaksanaan PADU ini dapat

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan kerana ia dapat memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.
  • Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kerana ia membolehkan Kerajaan menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat.
  • Pemantauan dan penilaian yang tuntas kerana ia membolehkan pemantauan dan penilaian yang berkesan terhadap pelaksanaan dasar negara.
  • Penjimatan sumber kerana ia merupakan pangkalan data yang berintegrasi dan berpusat yang mampu menjimatkan sumber secara signifikan.

Langkah Mendaftar Kali Pertama Di Sistem PADU

Berikut adalah 3 langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar masuk ke Sistem Pangkalan Data Utama.

Langkah 1Maklumat AsasIsi maklumat asas seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, poskod dan e-mel anda. Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
Langkah 2Pengesahan AkaunAnda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.
Langkah 3Tetapkan Kata LaluanKata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat.
PADU: Sistem Pangkalan Data Utama 2024 1

Berikut pula adalah infografik 3 langkah mudah eKYC, iaitu proses pengesahan identiti bagi melindungi maklumat individu.

PADU: Sistem Pangkalan Data Utama 2024 2

Pendaftaran Secara Manual Di Kaunter

Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama.

Sila rujuk jadual berikut untuk membuat pendaftaran secara manual di kaunter.

Kawasan Bandar & Akses InternetKawasan Luar Bandar & Tiada Akses Internet
Mod Pengemaskinian– Pengemaskinian kendiri secara atas talian melalui peranti peribadi di Portal PADU.– Pendaftaran secara manual menggunakan borang.
– Help Desk / Jelajah.
Lokasi Pendaftaran & PengemaskinianSekiranya tiada peranti peribadi, kemas kini boleh dilakukan di:
– Pejabat Daerah / Penghulu / PBT
– Pusat Ekonomi Digital
– Premis agensi Kerajaan Persekutuan / Negeri
– Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK / PBT
– Pusat Ekonomi Digital
– Pusat Internet Desa
– Premis agensi Kerajaan Persekutuan / Negeri

Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:

  1. Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan.
  2. Maklumat bank.
  3. Pendidikan tertinggi.
  4. Maklumat pekerjaan.
  5. Maklumat pendapatan.
  6. Maklumat komitmen.

Tempoh Pendaftaran & Kemaskini Sistem PADU

Untuk makluman terkini 2 Januari 2024, rakyat Malaysia boleh mengemaskini data dan maklumat masing-masing dan perlu mendaftar di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) ini sebelum 31 Mac 2024.

Maklumat Lanjut

Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada Kerajaan, anda tetap digalakkan untuk mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi PADU dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More