Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Info Terkini Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online 2023

Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online telah bermula pada 10 Februari 2023 bagi semua pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara Malaysia. Semakan cukai jalan digital dan lesen memandu 2023 ini adalah satu projek perintis (secara in-house). Semakan ini boleh dibuat menggunakan mod paparan LKM Digital (eLKM) dan LMM Digital (eLMM) melalui Portal Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pada Aplikasi Mobile MyJPJ.

Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media berkenaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ. Peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan dan kini telah boleh membuat semakan cukai jalan dan lesen memandu secara digital.

Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online sebenarnya sangat memudahkan semua pengguna kerana dengan adanya aplikasi MyJPJ di hujung jari ini, pengguna dapat menyemak butiran semasa dan membuat paparan eLKM dan eLMM apabila keadaan memerlukan.

Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online 

Isi Kandungan

Cara Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online 

Disini admin kongsikan cara-cara untuk membuat Cara Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online dengan mudah dan cepat iaitu melalui Portal MyJPJ online dengan menggunakan:

  • ID MySikap Awam
  1. Pengguna mestilah mendaftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan >>LINK PENDAFTARAN MySIKAP<<<
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ
  3. Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
  4. Semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online boleh dibuat

ATAU

  • DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ
  1. Google Play Store <<<TEKAN DISINI UNTUK DOWNLOAD>>>
  2. Apple Play Store <<<TEKAN DISINI UNTUK DOWNLOAD>>>

Perhatian: Jika anda masih belum mendaftar di Portal MySikap, sila daftar terlebih dahulu dan sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat pendaftaran ID MySikap:

Langkah 1 : Tekan ‘Daftar Akaun Baharu’

Langkah 2: Masukkkan nombor Kad Pengenalan (tanpa -)

Langkah 3: Isi semua maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang disediakan

Langkah 4: Jawab soalan keselamatan

Langkah 5: Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan

Langkah 6: SELESAI! dan anda akan dibawa ke paparan utama seperti gambar berikut:

Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online

Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan. Antaranya:

Pelesenan Kenderaan

  1. Bidaan Nombor Kenderaan
  2. Semakan Nombor Terkini
  3. Semakan Lesen Kenderaan

Pelesenan Pemandu

  1. Semakan Lesen Memandu
  2. Semakan Keputusan Ujian

Saman JPJ

  1. Semakan Saman
  2. Semakan Mata Demerit
  3. Semakan Senarai Hitam

Selain pendaftaran online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil. Orang awam sangat digalakkan untuk mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ ataupun aplikasi mobile MyJPJ seperti yang ditunjukkan diatas supaya Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online dapat dilakukan tanpa sebarang masalah. Seterusnya, apabila anda sudah mempunyai akaun MySikap, anda sudah boleh mula membuat semakan menggunakan mod paparan LKM Digital (eLKM) dan LMM Digital (eLMM). Jom kita tengok cara-cara untuk membuat semakannya!

SEMAKAN LESEN MEMANDU (eLMM)

Semakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan cara:

  1. Memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU
  2. Anda boleh memuat turun lampiran eLMM
  3. SELESAI! dan paparan eLMM akan menunjukkan gambar lesen memandu anda beserta tarikh tamat tempoh lesen memandu tersebut

SEMAKAN LESEN KENDERAAN MOTOR (eLKM)

Seterusnya, anda juga boleh membuat semakan lesen kenderaan motor (Cukai Jalan/Road Tax) anda dan memuat turun secara digital. Semakan lesen kenderaan motor boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan cara:

  1. Memilih menu SEMAKAN LESEN KENDERAAN
  2. Anda boleh memuat turun lampiran eLKM
  3. SELESAI! dan paparan eLKM akan menunjukkan gambar lesen kenderaan motor anda beserta tarikh tamat tempoh lesen kenderaan bermotor tersebut

Sebenarnya, dengan adanya Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online ini ianya sangat memudahkan semua pihak dan lebih cepat. Jika anda mempunyai sebarang kekeliruan dan persoalan boleh merujuk Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya segala info yang anda perolehi tepat dan sahih.

Adakah sedikit perkongsian tentang Semakan Cukai Jalan Digital Dan Lesen Memandu Online ini membantu anda? Jika ianya membantu, kami sangat mengharapkan jasa baik anda untuk memperluaskan info ini kepada orang terdekat juga.

Artikel Berkaitan: Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More