Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pakej Rahmah Insurans Dan Takaful Serendah RM5 Sebulan

Pakej Rahmah Insurans Dan Takaful serendah RM5 sebulan untuk orang ramai terutamanya golongan B40.

Kini boleh mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kemalangan diri, dengan sumbangan bulanan serendah RM5 atau RM36 setahun termasuk cukai jualan menerusi Pakej Rahmah Insurans dan Pakej Rahmah Takaful.

Isi Kandungan

Pakej Rahmah Insurans Dan Takaful

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pakej perlindungan diri Rahmah itu ditawarkan syarikat insurans dan takaful Etiqa General Insurance Bhd dan Etiqa General Takaful Bhd.

Beliau berkata pelan insurans kemalangan diri Rahmah yang ditawarkan itu, termasuklah pampasan kepada peserta yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan atau penyakit, atau kematian akibat kemalangan dengan perlindungan bernilai sehingga RM80,000.

“Pelan ini layak dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia antara 16 hingga 65 tahun, dan boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta melancarkan pakej perlindungan diri Rahmah di sini baru-baru ini.

Salahuddin berkata, Allianz General Insurance Malaysia Bhd juga menawarkan pakej Rahmah antaranya Insurans PerlindunganKu Allianz4All, yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM50,000, dengan premium tahunan pada kadar RM53.00 dan RM79.50 termasuk cukai jualan, sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit atau kemalangan.

Beliau berkata menerusi pakej tersebut, pemegang polisi juga boleh menikmati dua manfaat tambahan iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan bayaran bantuan kecemasan sekiranya berlaku pemindahan banjir sehingga RM750, bergantung kepada pelan yang dipilih tanpa kos tambahan.

Allianz General turut memperkenalkan perlindungan MotorcyclePlus, yang menawarkan perlindungan tambahan seperti kemalangan diri sehingga RM10,000 untuk penunggang dan pembonceng motosikal, serta pendapatan hospital, dilaksanakan melalui polisi insuran kenderaan motosikal berdasarkan kepada kapasiti enjin yang didaftarkan.

Turut diperkenalkan adalah polisi Allianz MotorcyclePlus Komprehensif bagi motosikal dengan kapasiti 250cc dan ke bawah, yang menawarkan perlindungan Peril Khas dan Bantuan Tepi Jalan sehingga 50 kilometer dan Faedah Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 tanpa kos, di samping perlindungan sedia ada yang dinikmati oleh pelanggan Allianz MotorcyclePlus.

Salahuddin berkata pakej insurans dan takaful itu, menyasarkan individu terlibat dalam ekonomi gig serta menunggang motosikal seiring dengan Program Payung Rahmah, agar turut meliputi segmen perlindungan diri dan harta benda seperti kenderaan bermotor.

Beliau berkata pelan yang ditawarkan melalui kedua-dua inisiatif berkenaan, mendorong membantu lebih ramai rakyat terutamanya golongan B40 untuk memiliki perlindungan insurans atau takaful pada masa hadapan, untuk perlindungan diri yang sewajarnya pada harga murah.

Pakej Rahmah Insurans Dan Takaful

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Pakej Rahmah Insurans Dan Takaful atau pelan yang ditawarkan dan dilancarkan boleh diakses dan dilanggan dengan merujuk kepada laman sesawang Allianz dan Etiqa untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Diharapkan dengan perkongsian Pakej Rahmah Insurans Dan Takaful ini dapat membantu anda yang memerlukan di masa akan datang.

Semoga perkongsian Pakej Rahmah Insurans Dan Takaful ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More