Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Panduan Penubuhan Persatuan Bahasa Melayu

Berikut merupakan panduan penubuhan Persatuan Bahasa Melayu:

Murid merupakan modal insan yang sangat berharga untuk menentukan arah pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran.

Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengisi agenda generasi muda pada era yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

Menyedari keperluan ini, Persatuan Bahasa Melayu di semua sekolah menengah mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid berdasarkan objektif dan matlamat yang dihasratkan.

Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Garis Panduan – Latar Belakang, Rasional, Matlamat, Objektif  dan Contoh Aktiviti tahunan Persatuan Bahasa Melayu

Contoh Perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu

Contoh Kertas Kerja Cadangan Penubuhan Persatuan Bahasa Melayu

Contoh Perancangan Strategik Persatuan Bahasa Melayu

Contoh Laporan Tahunan

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda.

teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

Terima kasih kerana memuat turun Panduan Penubuhan Persatuan Bahasa Melayu.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More