Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Waktu Solat 2021 – Seluruh Negeri Di Malaysia

Waktu Solat 2021 ini bertujuan untuk membantu setiap muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia untuk mengetahui waktu solat di tempat masing-masing dengan tepat dan mudah. Seperti umum kita ketahui, diantara syarat sah solat adalah menunaikan pada waktunya.

Kerana solat pada awal waktu itu adalah terpaling afdhal dan sangatlah besar ganjarannya. Jadi sebaiknya kita haruslah menunaikan solat setelah masuk waktu, ditempat azan dilaungkan. Sebagai panduan, disini kami akan himpunkan kesemua waktu solat 2021 untuk setahun bagi setiap negeri diseluruh Malaysia untuk manfaat kita bersama.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan

Waktu Solat Selangor

Waktu Solat Pulau Pinang

Waktu Solat Perak

Waktu Solat Pahang

Waktu Solat Terengganu

Waktu Solat Kelantan

Waktu Solat Johor

Waktu Solat Kedah

Waktu Solat Negeri Sembilan

Waktu Solat Perlis

Waktu Solat Melaka

Waktu Solat Sabah

Waktu Solat Sarawak

Diharap perkongsian waktu solat ini dapat memudahkan anda semua dalam menentukan waktu solat di kawasan anda. Disamping itu, kami juga menyediakan sedikit info berkaitan solat seperti dibawah:

  1. Bagaimana Waktu Solat Ditetapkan?
  2. Apa Itu Anak Bulan?
  3. Apa Itu Ilmu Falak?
  4. Cara Pengiraan Waktu Solat?
  5. Apa Kepentingan Solat Awal Waktu?
  6. Sejarah Solat Lima Waktu

waktu solat 2021

Bagaimana Waktu Solat Ditetapkan?

  • Ada beberapa formula yang digunakan untuk menentukan waktu solat. Antara formula yang paling popular adalah based on kepada formula matematik trigonometri sfera.
  • Perkara utama yang harus diketahui supaya proses hitungan dapat dijalankan ialah
    • koordinat tempat kiraan waktu solat (latitud & longitud)
    • nilai deklinasi matahari serta nilai jarak zenith matahari.
  • Asas utama sumber rujukan untuk penentuan waktu solat sebenarnya adalah menerusi kaedah atau tafsiran fiqh.

waktu solat 2021

Apa Itu Anak Bulan?

  • Dalam terminologi astronomi, anak bulan merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan orbit bulanan mengelilingi Bumi, ia berada di antara Matahari dan Bumi, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi.
  • Pada waktu ini, tempat atau kawasan yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.

Apa Itu Ilmu Falak?

  • Ilmu Falak adalah ilmu yang berkaitan lintasan ciptaan Allah di langit. Terutamanya matahari, bumi, dan bulan.
  • Setiap ciptaan ini bergerak pada orbitnya masing-masing dengan tujuan untuk diketahui posisi benda langit antara satu dengan lainnya, agar dapat diketahui waktu-waktu di permukaan bumi.
  • Ilmu Falak juga disebut ilmu hisab, karena ilmu ini menggunakan perhitungan ( dalam bahasa arab الحساب =perhitungan). Ilmu Falak juga dikenali ilmu rashd, karena ilmu ini memerlukan pengamatan ( الرصد =pengamatan).
  • Ilmu Falak juga dikenali ilmu miqat, kerana ilmu ini mempelajari tentang batas-batas waktu ( الميقات =batas-batas waktu). Ilmu Falak juga dikenali ilmu haiah, karena ilmu ini mempelajari keadaan benda-benda langit ( الهيئة = keadaan).

Cara Pengiraan Waktu Solat?

  • Penetapan waktu solat adalah berdasarkan  al-Quran dan al-Hadith.
  • Berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan, para fuqaha’ (ahli feqah) telah membuat tafsiran bahawa waktu solat dapat diamalkan oleh masyarakat dengan lebih mudah.
  • Disamping itu, tafsiran para fuqaha’ akan disesuaikan dengan ilmu para astronomi (falak) supaya boleh ditentukan dengan kaedah kiraan (hisab).

WAKTU

CARA PENENTUAN

Matahari Istiwa

  • Matahari istiwa (rembang/transit) adalah ketika pusat matahari melintasi satah Meridian Samawi Tempatan. Meridian Samawi Tempatan adalah unjuran Longitud Stesen Tempatan. Waktu istiwa boleh ditentukan secara fizikal dengan melihat pergerakan bayang-bayang sesuatu tiang yang tegak.
  • Ketika istiwa, bayang tiang berada pada ukuran paling pendek. Sebelum bayang tiang ini berpindah ke sebelah timur adalah menandakan waktu istiwa. Stesen rujukan di bumi adalah ditetapkan berdasarkan satu sistem koordinat geografi yang parameternya ialah latitud (garis lintang)
    dan longitud (garis bujur).

Solat Subuh

  • Awal
    waktu solat Subuh mengikut syarak adalah bila fajar benar (sadiq) terbit di ufuk timur.

Solat Zohor

  • Masuk waktu solat Zohor adalah ketika matahari gelincir ke arah barat daripada kita iaitu ketika pinggir timur matahari melintasi Meridian Samawi Tempatan.

Solat Asar

  • Mengikut Mazhab Shafie, masuknya waktu solat Asar adalah apabila panjang bayang sesuatu tiang melebihi panjang tiang tersebut. Secara fizikal, waktu Asar boleh ditentukan dengan menggunakan tiang tegak yang sama dengan yang digunakan pada waktu istiwa.
  • Waktu
    Asar bermula apabila panjang bayang yang ditunjukkan
    oleh tiang tegak
    melebihi ukuran tiang itu sendiri dan dicampurkan dengan panjang bayang sewaktu istiwa.

Solat
Maghrib

  • Mengikut hukum fekah, masuknya waktu solat Maghrib adalah apabila semua badan matahari terbenam di bawah ufuk barat.

Solat Isyak

  • Menurut syarak, masuknya waktu solat Isyak adalah apabila mega merah di
    ufuk barat hilang.

Apa Kepentingan Solat Awal Waktu?

  1. Sembahyang adalah rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Perintah mendirikan sembahyang ini telah pun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
  3. Sesungguhnya kedudukan ibadah sembahyang ibarat tiang agama, maka sesiapa yang mengerjakan sembahyang bererti ia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya bererti ia telah merobohkan agamanya.
  4. Sembahyang dapat membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat untuk membina generasi yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang baik.
  5. Sembahyang juga dapat membantu dalam menangani pelbagai gejala sosial yang boleh merosakkan kehidupan masyarakat seperti rasuah, membunuh, merompak, zina dan perbuatan maksiat yang lain.
  6. Sembahyang adalah menjadi kunci utama untuk kita mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
  7. Sesungguhnya sembahyang dapat membersihkan dan mensucikan diri seseorang sama ada rohani mahupun jasmani

Sejarah Solat Lima Waktu

Subuh

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
  • Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
  • Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  • Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
  • Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
  • Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
  • Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  • Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  • Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.
  • Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
  • Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
  • Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
  • Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
  • Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
  • Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
  • Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
  • Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  • Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
  • Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  • Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
  • Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Senarai Solat-Solat Sunat Utama

Selain solat wajib, kita juga digalakkan memperbanyakkan solat-solat sunat, antaranya:

  1. Solat Tahajud – Saat malam hari, dikala orang lain tidur.
  2. Solat Taubat – Solat khusus untuk bertaubat atas dosa-dosa silam.
  3. Solat Dhuha – Solat sunat yang baik untuk memudahkan urusan harian dan rezki.
  4. Solat Rawatib – Solat sunat diantara waktu solat wajib, sebelum dan selepas.
  5. Solat Hajat – Solat khusus untuk memohon hajat.
  6. Solat Jenazah – Solat khusus untuk jenazah, ditunaikan dengan 4 takbir dan 1 salam.

Senarai Doa-Doa Utama

Setiap mukmin diberikan senjata yang sangat ampuh, iaitu doa. Dan ia merupakan amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Antara doa-doa khusus adalah:

  1. Doa Selepas Solat
  2. Doa Solat Tahajud
  3. Doa Solat Hajat
  4. Doa Qunut Berserta Maksud
  5. Doa Selepas Azan Rumi

Semoga perkongsian kami berkaitan Waktu Solat 2021 dan Info Berkaitan Solat ini memberi manfaat kepada semua para pembaca dan menjadi saham untuk kami diakhirat dalam menyebarkan ilmu berkaitan agama. Setiap kebaikan itu pasti akan dihitung oleh yang Maha Esa. Disamping itu, marilah kita sama-sama amalkan untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kita pada Allah s.w.t.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More