Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pesta Buku Terbesar Malaysia, PBAKL 2024 Kali Ke-41 Kini Kembali!

PBAKL 2024 atau Pesta Buku terbesar di Malaysia akhirnya kembali lagi untuk kali yang ke-41!

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai PBAKL 2024 ini.

Isi Kandungan

Mengenai PBAKL 2024

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan satu acara tahunan yang memperingatkan kita akan kasih dan cinta terhadap buku dan sastera.

PBAKL merupakan sebuah pesta buku terkemuka yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak bermulanya pada tahun 1981, PBAKL telah menjadi salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh para peminat buku dan pembaca tegar.

Dengan lebih dari 1.25 juta pengunjung setiap tahun, PBAKL 2024 juga bakal membawa lebih banyak kejutan dan aktiviti yang lebih menarik untuk disertai bermula dari 24 Mei hingga 2 Jun 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.

PBAKL kali ini juga diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan dalam talian (online) dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam (6) persatuan industri buku Malaysia.

Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru.

Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh penerbit di seluruh rantau ini, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL.

Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan sebagainya adalah antara aktiviti yang turut dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat.

Tarikh, Waktu & Tempat PBAKL 2024

Berikut adalah tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024
  • Masa: 10 Pagi hingga 10 Malam
  • Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Pesta Buku Terbesar Malaysia, PBAKL 2024 Kali Ke-41 Kini Kembali! 1
PBAKL 2024

Pelan Lantai PBAKL 2024

Pelan lantai bagi PBAKL tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

PELANTARAN PUTRA
Terletak di aras 2 WTCKL, kawasan Pentas Utama.
LEGAR PUTRA
Terletak di aras 2 WTCKL, berhampiran dengan pintu masuk CIMB.
DEWAN TUN HUSSEIN ONN
Terletak di aras 2 WTCKL, bersebelahan dengan Dewan Tun Dr Ismail.
BILIK MAWAR
Terletak di aras 2 WTCKL, berhampiran dengan pintu masuk bersebelahan Hotel Seri Pasific.
PEMPAMER ANTARABANGSA
[INTERNATIONAL EXHIBITORS]
Bilik Perlis | Bilik Perak | Bilik Pahang | Bilik Negeri Sembilan
DEWAN TUN DR ISMAIL
Terletak di aras 2, WTCKL.
DEWAN TUN RAZAK 3
Terletak di aras 3, WTCKL.
DEWAN MERDEKA
Terletak di aras 4, WTCKL.
DEWAN TUN RAZAK 4
Terletak di aras 4, WTCKL.

Surat Hebahan PBAKL 2024 Kepada Sekolah

Berikut merupakan Surat Hebahan PBAKL 2024 kepada sekolah-sekolah KPM.

Kerjasama dimohon untuk memaklumkan kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah bawah KPM bagi menggalakkan mereka mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.

Pihak sekolah dimohon untuk mengemukakan permohonan lawatan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada Urus Setia PBAKL2024 (MBKM) di talian telefon 03 – 8321 7011 atau melalui e-mel kepada [email protected].

Pesta Buku Terbesar Malaysia, PBAKL 2024 Kali Ke-41 Kini Kembali! 2
PBAKL 2024

Peringatan Semasa Hadir Ke PBAKL

Berikut dikongsikan sedikit tips dan peringatan untuk anda jika ini adalah kali pertama anda akan hadir ke PBAKL, iaitu

  1. Senaraikan buku yang anda ingin beli.
  2. Dapatkan maklumat lokasi booth / reruai PBAKL yang anda ingin tuju sebelum hadir ke PBAKL.
  3. Bawa beg yang sesuai. Jaga barang anda sendiri dengan baik.
  4. Pakai pakaian yang selesa.
  5. Sediakan air mineral dan kipas supaya tidak dehidrasi.
  6. Jangan lupa bawa wang yang secukupnya.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat terkini berkaitan PBAKL 2024 ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More