Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024 Syarikat Kurier Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai tarikh akhir pos barang sebelum Raya 2024 sebelum penutupan operasi sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Isi Kandungan

Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024 Bagi Pos Malaysia

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Pos Malaysia telah mengeluarkan notis untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang Cut-Off Time untuk penghantaran sebelum Hari Raya dan penutupan operasi semasa musim perayaan.

Untuk makluman,

  • Bagi bungkusan yang dipos dari dalam Semenanjung Malaysia ke bandar utama di dalam Semenanjung Malaysia boleh dihantar selewat-lewatnya pada 6 April 2024 (Sabtu).
  • Bagi bungkusan Poslaju dari Sabah dan Sarawak ke bandar-bandar utama dalam Sabah dan Sarawak boleh dibuat sehingga 5 April 2024 (Jumaat).
  • Bagi bungkusan dari Semenanjung Malaysia ke lokasi-lokasi lain, tarikh akhir penghantaran adalah pada 4 April 2024 (Khamis).
  • Bagi bungkusan Poslaju dari Sabah dan Sarawak ke lokasi-lokasi lain, tarikh akhir adalah pada 3 April 2024 (Rabu).
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024 Syarikat Kurier Malaysia 1
Sumber Rasmi: Pos Malaysia

Sementara itu, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024 hingga 11 April 2024 (Rabu – Khamis), Pos Malaysia akan beroperasi mengikut jadual di bawah:

KategoriJenis Kategori10 April 2024 (Rabu)11 April 2024 (Khamis)
OperasiPengambilan & PenghantaranTutupTutup
Titik Sentuh Runcit (Retail Touchpoints)Waktu Operasi Biasa (Di Luar Pusat Beli-belah)TutupTutup
Titik Sentuh Runcit (Retail Touchpoints)Waktu Operasi Lanjutan (Di Luar Pusat Beli-belah)TutupTutup
Titik Sentuh Runcit (Retail Touchpoints)Waktu Operasi Biasa dan Dilanjutkan (Di Pusat Beli-belah)TutupTutup
Khidmat PelangganTalian Hotline & PM CarelineTutupTutup
Khidmat PelangganKastam (Customs)TutupTutup
Khidmat PelangganSembang (Chat) & Media SosialBukaBuka
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024

Pusat sentuh operasi dan runcit Pos Malaysia akan beroperasi sepenuhnya di semua lokasi pada hari bekerja berikutnya selepas setiap cuti mengikut tarikh-tarikh pada jadual di atas.

Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024 Bagi Syarikat Kurier Lain Di Malaysia

Berikut adalah senarai penuh cut-off date (hari pengeposan terakhir untuk parcel dihantar sebelum raya) bagi syarikat kurier di Malaysia bagi

  • J&T Express,
  • Pos Laju,
  • NinjaVan,
  • DHL eCommerce,
  • Flash Express,
  • CityLink, dan
  • Shopee Express.
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024 Syarikat Kurier Malaysia 2
Sumber Rasmi: Shopee Malaysia

Sila ambil perhatian bahawa tarikh akhir di atas adalah hari terakhir untuk pesanan dihantar keluar untuk sampai sebelum Raya.

Pesanan yang dipos selepas tarikh akhir seperti jadual di atas akan dihantar selepas Raya.

Untuk makluman, J&T Express Malaysia masih dibuka untuk penghantaran pada Hari Raya Aidilfitri.

Waktu operasi bagi syarikat kurier J&T Express Malaysia akan diteruskan seperti biasa sepanjang Hari Raya Aidilfitri seperti ketetapan berikut:

Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024 Syarikat Kurier Malaysia 3
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024 Syarikat Kurier Malaysia 4
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Raya 2024

Tips Barang Sampai Pada Tepat Waktu Kepada Pembeli Daripada Shopee Malaysia

Untuk memastikan pembeli dapat menerima bungkusan mereka tepat pada masanya, Shopee Malaysia amat mengesyorkan agar anda memenuhi pesanan anda secepat mungkin.

Terdapat Lorong Keutamaan Shopee di cawangan J&T Express Malaysia terpilih, cawangan Pos Malaysia Berhad dan pusat perkhidmatan eCommerce DHL untuk memastikan penghantaran cepat dan cekap untuk semua penjual Shopee.

Jika anda tidak dapat menghantar bungkusan anda tepat pada masanya, sila tukar penyenaraian anda kepada “Prapesan”. Jika tidak, Shopee Malaysia menasihati anda untuk mendayakan Mod Percutian.

Diharapkan notis yang dikeluarkan ini dapat membantu pembeli dan termasuklah para peniaga untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat pengeposan barang dengan tepat sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh akhir pos barang sebelum Raya 2024 dan waktu operasi syarikat kurier di Malaysia, anda boleh mengikuti media-media sosial seperti pautan yang berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More