Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Pelepasan Cukai 2023 Untuk E-Filing 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pelepasan cukai 2023 untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Cukai Pendapatan?

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti

  • Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan.
  • Laba / keuntungan daripada penggajian.
  • Dividen, faedah atau diskaun.
  • Sewa, royalti atau premium.
  • Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain.
  • Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.

Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Senarai Pelepasan Cukai 2023 Untuk E-Filing 2024 1
Pelepasan Cukai 2023

Siapakah Yang Perlu Bayar Cukai?

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.

  • Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP.
  • Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.

Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.

Senarai Pelepasan Cukai 2023

Berikut adalah Senarai Pelepasan Cukai LHDN bagi tahun 2023 bagi individu pemastautin mengikut kategori.

Senarai Pelepasan Cukai 2023 Untuk E-Filing 2024 2
Pelepasan Cukai 2023

Pelepasan Individu

Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)
Individu Dan Saudara TanggunganRM 9,000
Suami / Isteri / Alimoni Kepada Bekas IsteriRM 4,000
Potongan Tambahan Bagi Individu Kurang UpayaRM 6,000
Potongan Tambahan Bagi Suami Atau Isteri Kurang UpayaRM 5,000
Yuran Pengajian Diri Sendiri
– Peringkat selain Sarjana atau Doktor Falsafah.
– Peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah.
– Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (terhad RM 2,000).
RM 7,000
Pelepasan Cukai 2023

Caruman Dan Sumbangan

Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)
Perkeso / Skim Insuran PekerjaanRM 350
Skim Persaraan Dan Anuiti TertangguhRM 3,000
SSPN (Tabungan Bersih)RM 8,000
Insuran Pendidikan Dan Perubatan (Individu / Pasangan / Anak)RM 3,000
Insuran Nyawa Dan KWSP [Individu Penjawat & Selain Penjawat Awam (Berpencen) Dan Bekerja Sendiri]
– Skim yang diluluskan atau caruman sukarela kepada KWSP (terhad RM 4,000).
– Premium insuran hayat, sumbangan takaful keluarga atau caruman sukarela tambahan KWSP (terhad RM 3,000).
RM 7,000
Pelepasan Cukai 2023

Gaya Hidup & Perubatan

Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)
Pemasangan / Sewaan / Pembelian Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik Bagi Kegunaan SendiriRM 2,500
Gaya Hidup
– Pembelian dan langganan bahan bacaan.
– Pembelian komputer peribadi, telefon pintar / tablet.
– Bayaran bil bulanan langganan internet.
– Pembelian peralatan sukan dan bayaran keahlian gymnasium.
RM 2,500
Tambahan Gaya Hidup Berkaitan Aktiviti Sukan
– Pembelian peralatan sukan.
– Sewaan / Fi di mana-mana fasiliti sukan.
– Fi pendaftaran penyertaan pertandingan.
RM 500
Pembelian Peralatan Penyusuan
– Pembayar cukai wanita sahaja.
– Anak berumur kurang 2 tahun.
– Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun.
RM 1,000
Peralatan Alat Sokongan Asas (Individu / Suami / Isteri / Anak / Ibu Bapa OKU)RM 6,000
Rawatan Perubatan Keperluan Asas Dan Penjagaan Ibu BapaRM 8,000
Perbelanjaan Perubatan
– Penyakit serius (individu / suami / isteri / anak).
– Perbelanjaan rawatan kesuburan (diri sendiri atau pasangan).
– Perbelanjaan (pemeriksaan perubatan penuh, ujian pengesanan covid-19 dan pemeriksaan kesihatan mental dan konsultasi).
– Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan.
– Rawatan intervensi awal / pemulihan Anak Kurang Upaya pembelajaran.
RM 10,000
Pelepasan Cukai 2023

Pelepasan Anak

Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)
Anak Berumur Di Bawah 18 Tahun
– Belum berkahwin.
RM 2,000
Anak Berumur Di Atas 18 Tahun
– Belum berkahwin.
– Belajar sepenuh masa.
RM 2,000
Anak Berumur Di Atas 18 Tahun
– Belum berkahwin.
– Belajar di IPT (Diploma dan ke atas).
RM 8,000
Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak / Tadika Berdaftar
– Berumur 6 tahun dan ke bawah.
– Dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri.
RM 3,000
Anak Kurang UpayaRM 6,000
Tambahan Bagi Anak Kurang Upaya
– Belum berkahwin.
– Belajar di IPT (Diploma dan ke atas).
RM 8,000
Pelepasan Cukai 2023

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2023, anda boleh

  • Layari Laman Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
  • Hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan HASiLCare Line 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara).

Sekiranya anda mengalami masalah untuk menghubungi Hasil Care Line, anda juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More