Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PEMUDA HILANG DITEMUI MENINGGAL SETELAH 42 HARI

PEMUDA HILANG : Hati ibu mana yang tak risau apabila mendapat tahu jika anak yang dikandung dan dibesarkan mengh1lang tanpa sebarang khabar berita. Itulah yang terjad1 kepada seorang remaja yang dikenali sebagai Ahmad Farid yang dilaporkan h1lang sejak pertengahan bulan Mac lalu. Meskipun pelbagai usaha telah dijalankan, namun kesemuanya menemui jalan buntu.

Selepas laporan dibuat, usaha pencarian bermula di sebuah pusat perubatan di Ampang hasil daripada maklumat yang dikirimkan oleh rata-rata pengguna media sosial. Namun hasil pengecaman wajah tidak memberikan jawapan yang tepat. Siapa sangka setelah 42 hari,keluarga mendapat khabar duka apabila mayat seorang lelaki yang hanya tinggal rangka ditemui di dalam longkang di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12 tengahari semalam oleh orang awam memaklumkan menemui satu mayat yang telah reput.

PEMUDA HILANG

Katanya, siasatan awal mendapati mayat berkenaan merupakan lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an dan beralamat di Durian Tunggal Alor Gajah, Melaka.

“Siasatan di tempat kejadian telah menemui satu mayat disyaki lelaki yang tinggal rangka, lengkap berpakaian kemeja-T dan seluar panjang warna hitam selain mayat juga masih memakai topi keledar. 

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di dalam longkang yang terletak di tengah-tengah lebuhraya PLUS utara-selatan yang berkeluasan lebar lebih kurang 2 kaki dan kedalaman 2 kaki setengah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut jelasnya, tiada kenderaan ditemui berhampiran dengan tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan mangsa dan hasil siasatan pasukan forensik di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.

“Pemeriksaan dibuat ke atas beg pinggang yang dipakai oleh mangsa telah menemui satu kad pengenalan dan lesen memandu serta wang tunai lebih kurang RM150 dipercayai milik mangsa.

Tambah Mohamad Nor Marzukee, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk di bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Justeru, Ain Alaudin mewakili pihak keluarganya memohon jasa baik orang ramai agar mendoakan pemergian adik bongsu mereka berikutan insiden terbabit. Diharap pihak keluarga mangsa dapat menghadapi dugaan ini dengan redha.

PEMUDA HILANG DITEMUI MENINGGAL SETELAH 42 HARI 1
PEMUDA HILANG

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More