Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 Secara Walk-In

Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 secara walk-in akan dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pemilihan pengambilan kali ini terbuka kepada belia lelaki dan wanita yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24

Maklumat Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Perajurit Muda (PtM) TLDM Bagi Lepasan SPM / SVM (Lelaki Dan Wanita)
  2. Perajurit Muda (PtM) TLDM Bagi Lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki)
  • Tarikh Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 Secara Walk-In Bermula: 24 Oktober – 27 Disember 2023
  • Jabatan / Kementerian: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • Gaji Latihan Perajurit Muda (6 bulan): RM1,774.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan: Mengikut Pangkat
  • Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan):
  1. Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut
  2. Bayaran Insentif Krew Kapal Selam
  3. Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  4. Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas
  5. Tuntutan Cuti Tahunan
  • Keistimewaan:
  1. Rawatan perubatan dan pergigian
  2. Pakaian seragam
  3. Waren perjalanan tahunan
  4. Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  5. Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
  6. Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Lokasi Pemilihan Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24

Calon-calon dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan seperti dibawah.

Zon Utara

  • 24 & 25 Oktober 2023 (Selasa & Rabu) – Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah
  • 27 Oktober 2023 (Jumaat) – Rejimen 503, Askar Wataniah, Perak

Zon Pantai Timur

  • 24 & 25 Oktober 2023 (Selasa & Rabu) – MSS Desa Pahlawan, Kota Bahru, Kelantan

Zon Selatan

  • 27 Oktober 2023 (Jumaat) – MPPS Sg Lunchoo, Johor

Zon Tengah

  • 29 & 30 Oktober 2023 (Ahad & Isnin) – KD Sri Gombak, Kuala Lumpur

Zon Sarawak

  • 19 Disember 2023 (Selasa) – RASCOM Sibu, Sarawak
  • 21 & 22 Disember 2023 (Khamis & Jumaat) – RNO Kuching, Sarawak

Zon Sabah

  • 19 Disember 2023 (Selasa) – KD Sri Sandakan, Sabah
  • 21 & 22 Disember 2023 (Khamis & Jumaat) – KD Sri Kota Kinabalu, Sabah
  • 27 Disember 2023 (Rabu) – KD Sri Tawau

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon-calon Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 3 Jun 2024.
  3. Lepasan SPM dan SVM – Lelaki Dan Wanita.
  4. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta – Lelaki.
  5. Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin).
  6. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana.

Calon-calon Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 juga perlu melepasi syarat-syarat khusus seperti berikut:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  3. Bagi Lepasan Diploma, pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi.
  4. Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
    • Diploma in Engineering
    • Diploma in Electrical Engineering
    • Diploma in Electronics Engineering
    • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    • Diploma in Marine Engineering
    • Diploma in Software Engineering
    • Diploma in Microelectronic Engineering
    • Diploma in Information Engineering
    • Diploma in Telecommunication Engineering
    • Diploma in Mechanical Engineering
    • Diploma in Mechatronic Engineering
    • Diploma in Manufacturing Engineering
    • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
    • Advanced Diploma in Engineering

Cara Memohon

Pemohon perlu hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang ditetapkan serta berpakaian seperti berikut:

  • Waktu pendaftaran: 0800H hingga 0830H.
  • Waktu pemilihan: 0830H hingga 1700H.
  • Pakaian Temuduga: Pakaian sukan dan berkasut sukan.

Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen asal seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan (MYKAD) beserta 1 salinan fotostat.
  2. Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat.
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma / Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat.
  4. Salinan Kad Pengenalan (MYKAD) ibu dan bapa dan 1 salinan fotostat.
  5. Sijil kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat.

Calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.

Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.

Pemohon yang berjaya / gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada bulan Januari 2024.

Untuk maklumat penuh pengambilan, syarat dan tarikh serta lokasi pemilihan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PENGAMBILAN<<<

Mohon perhatian, iklan Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di LKM September 2023, Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di FAMA September 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More