Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Ambilan Kedua 2023

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Ambilan Kedua 2023 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam telah dibuka mulai 9 Jun 2023.

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Ambilan Kedua 2023 ini terbuka kepada:

  • Lulusan SPM yang memenuhi syarat dan belum membuat permohonan pada ambilan pertama.
  • Calon yang pernah memohon pada ambilan pertama tetapi belum menduduki UKCG.

Calon yang telah menduduki UKCG pada ambilan pertama tidak layak memohon pada ambilan kedua.

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Ambilan Kedua 2023

Isi Kandungan

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Ambilan Kedua 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam.

Justeru, ini adalah satu peluang dan tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Ambilan Kedua 2023 akan dibuka bermula 9 hingga 12 Jun 2023.

Permohonan boleh dibuat pada laman sesawang PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh permohonan dibuka.

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 9 Jun 2023 (3.00 Petang) hingga 12 Jun 2023 (11.59 Malam).

Sila Klik pada >>>MAKLUMAT PERMOHONAN<<< untuk membuat permohonan ambilan kedua atau kemaskini tarikh untuk menduduki UKCG bagi pemohon ambilan pertama yang belum menduduki e-UKCG.

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link / url menerusi portal PISMP.

Mohon perhatian, iklan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Ambilan Kedua 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Prosedur Saringan Pengambilan Calon Guru KPM

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023

Anda juga boleh dapatkan maklumat tentang proses saringan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 dengan lebih terperinci beserta jangkaan tarikh-tarikh penting PISMP 2023 untuk rujukan. 

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online ini, sila rujuk maklumat berikut:

Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Ambilan Kedua 2023 ini boleh ajukan kepada:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon: 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760 atau Emel: | [email protected] |

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More