Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam akan dibuka mulai 15 Mac 2023 ini.

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023

Isi Kandungan

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam.

Justeru, ini adalah satu peluang dan tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Tarikh Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023

  • Tarikh permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 akan dibuka bermula 15 Mac hingga 14 April 2023.

  • Permohonan boleh dibuat pada laman sesawang PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh permohonan dibuka.

Cara Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 15 Mac 2023 dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan di bawah

>>>PERMOHONAN DISINI<<<

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link / url menerusi portal PISMP.

Prosedur Saringan Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023

Sila rujuk proses saringan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 dalam jadual yang telah disediakan di bawah:

e-UKCG

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan).
  • Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Temuduga

  • Hanya calon yang lulus e-UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
  • Temuduga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temuduga yang ditetapkan.
  • Setiap calon yang layak akan ditemuduga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
  • Satu garis panduan lengkap temuduga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temuduga.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temuduga ini dilaksanakan.

VKF

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti
    arahan dan garis panduan yang diberi.
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.

Pemilihan

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel temuduga dan penilai VKF, skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM.
  • Semua keputusan adalah muktamad.

Penawaran

  • Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.

Perjanjian Pendidikan Guru

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Jangkaan Tarikh-tarikh Penting PISMP

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023

Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut. Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.

Perkara Penting

Jangkaan Tarikh

Permohonan Fasa 1

  • 15 Mac – 15 April 2023

Permohonan Fasa 2

  • 1 Jun – 10 Jun 2023

Pelaksanaan e-UKCG

  • 20 – 29 April 2023

Pelaksanaan e-UKCG Fasa 2

*Bagi calon yang memohon PISMP Fasa 2 dan yang belum menduduki e-UKCG Fasa 1.

  • 13 Jun 2023

Kemaskini maklumat
dan bidang permohonan PISMP

  • 20 – 22 Jun 2023

Keputusan e-UKCG, semakan calon layak temuduga serta penyediaan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)

(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)

  • 28 Jun – 3 Julai 2023

Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF)

  • 3 Julai 2023

Temuduga secara dalam talian dan Penilaian
Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)

  • 3 – 8 Julai 2023

Keputusan tawaran Pengajian ke IPG

  • 16 Julai 2023

Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus

  • 7 – 8 Ogos 2023

Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temuduga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.

Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online ini, sila rujuk maklumat berikut:

Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 ini boleh ajukan kepada:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760 atau Emel : | [email protected] |

Untuk dapatkan info-info terkini, anda boleh layari www.tcer.my kerana portal kami sentiasa memberikan info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More