Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Besar – Besaran Pengambilan Khas SPP 2023 Secara One-Off Kini Dibuka

Pengambilan Khas SPP 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Khas SPP 2023

Maklumat Pengambilan Khas SPP 2023 perjawatan guru oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengatasi masalah kekurangan guru adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Gred DG41

  • Tarikh Mula Permohonan: Bermula 7 April 2023 (Jumaat)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 21 April 2023 (Jumaat)
  • Lokasi Kekosongan: Seluruh Negara
  • Bilangan Kekosongan: 19, 000 Pengambilan Secara One-Off
  • Lantikan: Tetap / Contact Of Service

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Syarat/Kelayakan Permohonan 

Syarat-syarat lantikan Pengambilan Khas SPP 2023 ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan ini
  • Syarat-syarat kelayakan pendidikan yang lebih terperinci boleh lihat pada iklan penuh permohonan bagi lantikan tetap atau contract of services

Cara Memohon

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Graduan yang memenuhi syarat Pengambilan Khas SPP 2023 dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).

Graduan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 6 April 2023 TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.

Graduan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan iaitu bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.

Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

Hanya Graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN BAGI GRADUAN PENDIDIKAN<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN BAGI GRADUAN BUKAN PENDIDIKAN<<<

Mohon perhatian, iklan Pengambilan Khas SPP 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Pengambilan Khas SPP 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong yang terkini seperti Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023, serta jawatan-jawatan kosong Kerajaan yang lain, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Pengambilan Khas SPP 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More