Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Notis Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off 2021

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 sudahpun dibuka pada hari ini. Mana-mana calon yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel ini.

Isi Kandungan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan gred dg41

Pengambilan Khas Secara Contract Of Service

Melalu persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) iaitu selaku Pihak Berkuasa Melantik(PBM) maka Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) mempelawa dan memberi peluang kepada mana-mana calon yang berkelayakan bagi mengisi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Tawaran ini adalah secara Contract of Services atau lebih dikenali Kontrak dalam Perkhidmatan.

Jenis Penempatan Di Sektor Pendidikan

Bagi tawaran penempatan adalah di seluruh Malaysia di bawah sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) iaitu:

  • Sekolah Rendah(SK).
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC).
  • Sekolah Menengah(Aliran Perdana).
  • Sekolah Menengah(Aliran Teknik dan Vokasional).

Syarat Kelayakan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

WARGANEGARA

Warganegara Malaysia sahaja yang layak.

FIZIKAL BADAN

Mestilah sihat tubuh badan.

KELAYAKAN

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Awam(UA), Pengajian Swasta(IPTS) dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysua dengan PNGK/CGPA tidak kurang daripada 2.50.

KREDIT

Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bhaasa Melayu dan Sejarah di perinkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • Opsyen Bahasa Inggeris: Band C1 dalam Common European Framework of Reference (CEFR)/Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Opsyen SJKC: Memiliki sekurangnya kepujian dalam bahasa Cina di peeringkat SPM.
  •       Opsyen Tahfiz: Memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz Malaysia yang menerima pengiktirafan kerajaan Malaysia.

Tempoh Permohonan

pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan gred dg41

Tempoh permohonan bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 adalah seperti berikut:

  • MULA: 27 September 2021, Isnin
  • TUTUP: 10 Oktober 2021, Ahad

Maklumat Tambahan

Di bawah ini ada beberapa maklumat tambahan yang perlu anda ambil cakna dan beri perhatian.

  • Mana-mana pemohon yang layak dan lulus temuduga perlulah bersetuju dengan segala syarat dan pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah sama ada pedalaman, luar bandar atau bandar.
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dikehendaki untuk berkhidmat dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun di sekolah yang telah ditetapkan.
  • Mereka yang layak membuat permohonan perlulah melakukan Ujian Kelayakan Calon Guru sebelum anda ditemuduga bagi jawatan dalam pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

*NOTIS: Selain daripada artikel ini, anda juga boleh membaca info tambahan berkaitan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Gred DG41 Pendidikan Secara Berfasa di sini. Dapatkan juga beberapa tips yang boleh anda praktikkan untuk mengambil tempat dalam pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini.

Cara Membuat Permohonan

Di bawah ini saya kongsikan dengan anda beberapa langkah mudah untuk mendapat tempat dalam pengambilan secara perkhidmatan pada kali ini. Moga-moga membantu anda.

  1. LANGKAH PERTAMA: Layari laman web untuk membuat permohonan dengan menekan link di sini.
  2. LANGKAH KEDUA: Buat permohonan pendaftaran baharu dengan memasukkan segala maklumat yang diminta.
  3. LANGKAH KETIGA: Setelah selesai, anda perlu log masuk menggunakan detail pendaftaran yang sudah dibuat.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Buat semakan kelayakan terlebih dahulu.
  5. LANGKAH KELIMA: Jikalau layak, anda boleh teruskan membuat permohonan pengambilan pegawai perkhidmatan gred DG41.
  6. LANGKAH KEENAM: Buat pengesahan maklumat yang diberikan.
  7. LANGKAH KETUJUH: Pengesahan bagi e-UKCG di laman web tersebut.
  8. LANGKAH KELAPAN: Bersedia untuk tarikh temuduga yang akan ditetapkan kemudia hari.
  9. LANGKAH KESEMBILAN: Sekiranya tamat, anda boleh log keluar. Ini bermaksud permohonan anda selesai dan tunggu untuk keputusan.

Deskripsi Tugas Setelah Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Anda boleh membaca tugasan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dengan lebih lanjut di bawah ini. Anda boleh muat turun dokumen yang disediakan.

Dokumen Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Buat Permohonan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Sekarang

pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan gred dg41

Diharapkan agar perkongsian pada kali ini dapat membantu mana-mana insan dalam mengambil tempat bagi Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini. Janganlah lepaskan peluang sekiranya anda mampu menjawat jawatan ini. Berbaktilah kepada nusa, bangsa dan agama. Berikan didikan kepada anak muda dengan sebaik mungkin.

Ini kerana, dalam hal menuntu ilmu, tidak akan pernah ada habisnya melainkan kematian yang datang. Menuntut imu merupakan antara salah satu jihad di dalam Islam. Maka, kejarlah ia.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More