Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Terbuka PDRM 2024 Secara Walk-In Seluruh Malaysia

Pengambilan Terbuka PDRM 2024 secara walk-in diadakan untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Pemilihan pengambilan kali ini terbuka kepada belia lelaki dan wanita yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Terbuka PDRM 2024

Maklumat Pengambilan Terbuka PDRM 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanKonstabel Polis Gred YT1 (Lelaki / Wanita)
Kementerian / JabatanPolis Diraja Malaysia (PDRM)
Tarikh Pengambilan Terbuka Secara Walk-In29 April 2024, 30 April 2024 & 2 Mei 2024
Masa7.15 Pagi – 8.30 Pagi
Pengambilan Terbuka PDRM 2024

Pusat Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan (Lelaki)

Calon hendaklah hadir mengikut pusat pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan yang telah ditetapkan seperti berikut:

NEGERIPUSAT PEMERIKSAAN (LELAKI)
PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAKBATALION 2 PGA KULIM, KEDAH
KUALA LUMPUR, SELANGOR, NEGERI SEMBILANBATALION 4 PGA SEMENYIH, SELANGOR
MELAKA, JOHORIBU PEJABAT POLIS KONTIJEN JOHOR
PAHANG, TERENGGANUBATALION 7 PGA BUKIT GALING, PAHANG
KELANTANBATALION 8 PGA PENGKALAN CHEPA, KELANTAN
SABAHBATALION 16 PGA KINARUT, SABAH
SARAWAKBATALION 11 PGA BATU KAWA, SARAWAK
Pengambilan Terbuka PDRM 2024

Pusat Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan (Wanita)

Calon hendaklah hadir mengikut pusat pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan yang telah ditetapkan seperti berikut:

NEGERIPUSAT PEMERIKSAAN (WANITA)
PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAKBATALION 1 PGA ULU KINTA, PERAK
KUALA LUMPUR, SELANGOR, NEGERI SEMBILANPULAPOL KUALA LUMPUR
MELAKA, JOHORMAKTAB TEKNIK PDRM, MUAR
PAHANG, TERENGGANUPSP UNIT 6, WAKAF TAPAI, TERENGGANU
KELANTANMES PEGAWAI KANAN POLIS, KOTA BHARU, KELANTAN
SABAHPULAPOL KOTA KINABALU, SABAH
SARAWAKPULAPOL KUCHING, SARAWAK
Pengambilan Terbuka PDRM 2024

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Calon hendaklah membawa bersama-sama dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Kad Pengenalan Asal dan Tiga (3) Salinan.
  • Sijil Kelahiran Asal dan Tiga (3) Salinan.
  • Sijil PMR / PT3 Asal dan Satu (1) Salinan.
  • Sijil Berhenti Sekolah Asal dan Satu (1) Salinan.
  • Sijil Penghargaan Semasa Peringkat Sekolah Menengah Asal dan Satu (1) Salinan [Sekiranya Ada].
  • Dokumen Ibu dan Bapa:
  1. Dua (2) Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa.
  2. Dua (2) Salinan Sijil Lahir Ibu dan Bapa.
  3. Dua (2) Salinan Sijil Kematian Ibu dan Bapa [Jika Telah Meninggal Dunia].
  • Bagi calon yang telah berkahwin:
  1. Dua (2) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri.
  2. Dua (2) Salinan Sijil Lahir Suami / Isteri.
  3. Dua (2) Salinan Sijil Nikah / Surat Cerai.
  4. Dua (2) Salinan Sijil Lahir [Anak Pertama].
  5. Dua (2) Salinan Sijil Kematian [Jika Anak Pertama Meninggal Dunia].
  • Pemohon Kakitangan Kerajaan atau Badan Berkanun:
  1. Surat Sokongan dari Ketua Jabatan.
  2. Satu (1) Salinan Kenyataan Perkhidmatan Terkini yang telah Disahkan.
  • Pen Dakwat Hitam (Ball-Point) dan Gam.
  • Wajib Cetak dokumen-dokumen yang telah disiarkan pada Telegram Unit Pengambilan PDRM di (t.me/unitpengambilanpdrm).

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Pengambilan Terbuka PDRM 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh pengambilan terbuka.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik dan kelayakan fizikal yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Terbuka PDRM 2024 Secara Walk-In Seluruh Malaysia 1
Pengambilan Terbuka PDRM 2024

Kelayakan Akademik

Kelayakan akademik adalah seperti berikut:

  • Penilaian Menengah Rendah (PMR): Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat (4) matapelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D (Minimum); atau
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3): Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu (Ujian Bertulis dan Lisan) sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat (4) matapelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E (Minimum).

Kelayakan Fizikal

Kelayakan fizikal adalah seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 SM (Lelaki) dan 157 SM (Wanita) tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50 KG (Lelaki) dan 48 KG (Wanita);
  • Indeks Jisim Badan (BMI) julat di antara 19.0 hingga 26.0; dan
  • Ukuran dada sekurang-kurangnya 81 SM (biasa) dan 86 SM (semasa menarik nafas) – Lelaki Sahaja.

Kenyataan Khas Pengambilan

Calon yang telah menerima surat panggilan pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan dan larian 2.4 KM bertarikh 6 Mei 2024 hingga 21 Mei 2024 bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1, TIDAK PERLU HADIR ke pengambilan jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki / Wanita) secara terbuka.

Calon yang GAGAL TEMUDUGA bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 dan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 digalakkan untuk hadir ke pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki / Wanita) secara terbuka pada tarikh dan pusat pemeriksaan fizikal yang telah disenaraikan di atas.

Untuk dapatkan info lanjut tentang pengambilan, syarat kelayakan dan lain-lain, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PENGAMBILAN TERBUKA PDRM 2024<<<

Pengambilan Terbuka PDRM 2024 Secara Walk-In Seluruh Malaysia 2
Mohon perhatian, iklan Pengambilan Terbuka PDRM 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan Terbuka PDRM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More