Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Elak Dedah Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak Sebelum Usia 2 Tahun

Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak sebelum usia dua (2) tahun sangat tidak disarankan kerana ianya boleh memberikan pelbagai kesan-kesan yang merbahaya kepada kanak-kanak.

Penggunaan gadjet secara berlebihan boleh menyebabkan berlakunya masalah penglihatan kepada kanak-kanak. Ini adalah kerana mereka terdedah kepada sinaran cahaya yang berlebihan. Penggunaan gadjet secara tidak terkawal juga akan menyebabkan pembelajaran kanak-kanak terganggu.

Kurangnya pendedahan dengan orang luar mahupun dengan dunia luar juga akan mengganggu kemahiran kanak-kanak kerana mereka akan lebih bergantung kepada gadjet untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi.

Disebabkan oleh kurangkan sosial dengan orang sekeliling, kemahiran komunikasi juga akan terbantut. Kanak-kanak akan lebih gemar untuk menyendiri dan juga berada dalam keadaan diam apabila berada dalam suasana orang ramai dan mereka lebih memilih untuk berinteraksi dengan gadjet.

Justeru, semua ini adalah antara penyebab Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak yang tidak terkawal dan sangat membahayakan pertumbuhan kanak-kanak.

Isi Kandungan

Saranan Pakar Tentang Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak

Ibu bapa dan penjaga disarankan agar tidak mendedahkan anak mereka dengan Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak  sebelum berusia dua tahun, kata Pakar Oftalmologi Pediatrik dari Pusat Perubatan Sunway (SMC) Dr Chin Pik Kee.

Dr Chin berkata selepas mencapai umur berkenaan, barulah kanak-kanak itu boleh dibenarkan melakukan aktiviti menggunakan gadjet bersama ibu bapa atau penjaga dan bukannya secara bersendirian atau tanpa pengawasan.

Katanya ini berikutan berlaku peningkatan masalah rabun dalam kalangan kanak-kanak terutama semasa pandemik apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan sesi persekolahan dijalankan secara dalam talian hingga mencetuskan kebimbangan.

“Selain genetik, rabun juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pembangunan masyarakat luar bandar dan gaya hidup moden. Perubahan ini menyebabkan kegiatan seharian kini beralih kepada aktiviti di dalam rumah dan pertambahan masa melakukan perbuatan dengan jarak kerja dekat,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama baru-baru ini.

Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak

Cadangan Masa Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak

Dr Chin mencadangkan bagi kanak-kanak yang berusia 10 tahun, masa skrin rekreasi dihadkan kepada maksimum dua jam sehari dan diselang-seli dengan waktu berehat.

Menurutnya ia penting kerana kanak-kanak memerlukan masa untuk bermain dengan kreatif, melakukan aktiviti fizikal serta meluangkan masa di luar rumah kerana kesemua elemen ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan holistik kanak-kanak.

Selain itu, Dr Chin berkata kajian juga menunjukkan masa di luar rumah merupakan faktor penting untuk pertumbuhan mata yang normal sewaktu zaman kanak-kanak.

“Kanak-kanak yang menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam di luar rumah setiap hari kurang cenderung untuk mengalami miopia (rabun jauh). Sekiranya perlu memakai cermin mata, ia mungkin berlaku apabila usia mereka semakin meningkat,” katanya.

Cadangan Cara Untuk Mengelakkan Rabun Jauh

Beliau berkata sesetengah kejadian rabun jauh mungkin tidak dapat dielakkan, misalnya disebabkan penggunaan komputer atau “tablet” untuk kelas dan kerja sekolah.

Bagaimanapun, katanya terdapat cara untuk membantu mengurangkan simptom dengan menerapkan tabiat yang baik dalam kalangan kanak-kanak, ia termasuk mengalihkan pandangan daripada skrin serta melihat sesuatu objek yang berada pada jarak jauh setiap 20 minit.

Selain itu, katanya antara langkah lain yang boleh dilakukan mengedipkan mata dengan kerap, duduk dengan postur yang baik serta berehat seketika pada selang masa yang tetap, dan sekiranya kanak-kanak sudah menghabiskan masa yang banyak di hadapan skrin untuk belajar, wajar mengurangkan masa skrin sewaktu santai.

Pada masa sama, antara langkah proaktif lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga adalah melakukan pemeriksaan mata untuk anak-anak, membekalkan mereka dengan diet yang sihat dan seimbang, serta pendidikan tentang keselamatan mata dan pencegahan kecederaan mata daripada objek tajam mahupun haiwan peliharaan.

Dr Chin turut mengingatkan pengambilan suplemen tidak mampu meningkatkan penglihatan jika seseorang itu tidak mengalami sebarang defisiensi, sebaliknya pengambilan vitamin tertentu secara berlebihan boleh mendatangkan bahaya.

Harapan Penulis

Diharapkan dengan perkongsian Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak ini dapat menyedarkan ibu bapa atau penjaga bahawa tanpa pengawasan yang sepatutnya ia boleh membahayakan kesihatan anak terutamanya kanak-kanak yang masih kecil.

Semoga perkongsian Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak ini bermanfaat untuk semua ibu bapa dan penjaga di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More