Bahan Pendidikan Untuk Semua

Penjawat Awam Kena Patuhi PKPB-Cuepacs

Hari ini sudah masuk hari raya ketiga. Kunjung-mengunjungi hanya dibenarkan pada hari raya pertama saja dengan mematuhi SOP yang diberikan dan terhad kepada 20 orang saja.

Walaubagaimanapun, semalam penulis ada menonton Berita di TV masih ada aktiviti kunjung-mengunjungi walaupun sudah masuk raya kedua.

DEGIL. Hanya itu yang terucap dari bibir penulis bila tonton berita tu. Kenapa masih keras kepala dengan melanggar apa yang ditegah?

Belum lagi cubaan memalsukan dokumen kebenaran rentas negeri, cubaan untuk balik beraya dengan rentas negeri.

Rasanya, rata-rata orang kita ini DEGIL. Masa PKP dilanggar, bila PKPB pun dilanggar…rentas negeri tidak dibenarkan pun dilanggar juga.

Jika anda antara individu-individu yang melanggar arahan kerajaan dan anda  merupakan penjawat awam, awaslah…kemungkinan sikap ingkar anda akan membawa padah kepada diri anda sendiri.

Sesiapa yang BERJAYA rentas negeri kerana ‘Kepintaran’ anda tu, jangan ingat untuk balik nanti anda akan TERLEPAS..heheheh

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) senada dan menyokong sepenuhnya kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengenai arahan setiap warga penjawat awam untuk mematuhi segala peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa musim perayaan ini.

Presidennya, Adnan Mat berkata, setiap SOP dan larangan rentas negeri untuk pulang ke kampung harus dipatuhi dengan sepenuhnya.

Malah katanya, penjawat awam juga harus sedar dan mengetahui implikasi yang bakal dikenakan sekiranya tidak mematuhi pekeliling atau peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

“Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Ujarnya lagi, tindakan atau perbuatan yang terlalu mengikut perasaan memberi kesusahan kepada setiap orang kelak.

“Setiap peraturan yang ditetapkan kerajaan bukanlah bertujuan untuk menghukum kita tetapi untuk membawa semula keamanan dan kemakmuran kepada negara,” tambahnya.

Justeru itu, CUEPACS menyeru kepada semua warga penjawat awam untuk mematuhi SOP sambutan Aidilfitri di bawah PKPB.

“Jangan lakukan perjalanan rentas negeri tanpa keizinan pihak berkuasa, sambutlah aidilfitri dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jika kita berjaya mengatasi dan mengekang penularan wabak Covid-19 dengan jayanya, sudah pasti kita akan boleh melakukan semula rutin kehidupan seperti biasa tanpa kebimbangan pada masa akan datang,” tegas beliau.

kredit : astroawani

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More