Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini Penjelasan Isu Kenaikan Harga Beras (September 2023)

Isu Kenaikan Harga Beras di Malaysia sejak kebelakangan ini sangat panas. Media sosial telah digembar-gemburkan dengan kenaikan harga beras mendadak sejak September ini.

Jadi, apa yang perlu anda tahu tentang Isu Kenaikan Harga Beras ini?

Tahukah anda ada 2 jenis beras yang dijual di pasaran? Kenapa harga beras import naik begitu tinggi? Apa kesan kenaikan harga beras import kepada beras tempatan? Apakah risiko jika perbezaan harga beras import semakin tinggi berbanding beras tempatan? Apa langkah kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan beras tempatan?

Jom ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Isi Kandungan

Penjelasan Isu Kenaikan Harga Beras

Penjelasan Isu Kenaikan Harga Beras oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu telah dibuat melalui media sosial beliau pada 9 September 2023 lalu.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, harga beras tempatan negara masih mengikuti standard dan harga ini kekal sejak tahun 2008 lagi. Bukan itu sahaja, malah ianya yang terendah di rantau ini.

Beras import yang mengalami kenaikan harga itu, bukan semata-mata untuk menguntungkan sebelah pihak sahaja. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum harga itu dinaikkan.

Adalah menjadi satu kesalahan jika menukar label atau bungkusan beras tempatan. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730].

Hal ini untuk memastikan bahawa pengguna mendapat maklumat yang tepat mengenai produk beras tempatan. KPDN juga menegaskan kepada mana-mana individu / syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Mari kita sama-sama memastikan bahawa label dan bungkusan beras tempatan adalah benar, dan hak kita sebagai pengguna dapat dilindungi.

Kenaikan Harga Beras

Kenaikan Harga Beras

Kenaikan Harga Beras

Kenaikan Harga Beras

Beza Beras Import Dan Beras Tempatan

Beras tempatan adalah dihasilkan daripada pelbagai tanaman padi di Malaysia manakala beras import pula adalah beras yang diimport daripada negara luar dan beras import masih mempunyai ciri-ciri yang sama seperti beras tempatan.

Kenaikan harga beras import di pasaran Malaysia sekarang berkemungkinan juga daripada faktor logistik.

Kenaikan Harga Beras

Kenaikan Harga Beras

Kenaikan Harga Beras

Kenaikan Harga Beras

Akta Kawalan Harga Beras Di Malaysia

Bagi yang tidak tahu, beras adalah merupakan barangan terkawal.

Oleh itu peniaga tidak boleh menaikkan harga sesuka hati terutamanya bagi beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5).

Harga kawalan maksimum beras putih tempatan telah pun termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). Walaubagaimanapun, harga untuk beras putih import tidak termasuk dalam akta tersebut.

Sila rujuk lampiran di bawah untuk melihat Harga-Harga Maksimum Beras Jualan Secara Borong Dan Runcit.

Kenaikan Harga Beras

Sumber Asal: Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Semakan Terkini Harga Beras

Harga beras sememangnya ada naik dan turunnya bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain.

Walaupun jenis dan jenama yang sama, dua kedai runcit yang berlainan juga boleh menjual beras yang sama pada harga yang berlainan.

Antara laman web yang boleh digunakan untuk membuat semakan harga beras terkini adalah Iprice, atau melalui pautan berikut

>>>Semakan Harga Beras Terkini – Iprice<<<

Kenaikan Harga Beras

Aduan Bekalan Dan Harga Beras

Sekiranya anda mempunyai aduan mengenai salah laku mengenai isu beras, apa yang anda perlu dilakukan?

KPKM telah melancarkan talian hotline 03 – 8870 1751 / 1748 / 1183 bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang bekalanan atau penyelewengan yang dikesan oleh mereka.

Anda juga boleh terus menghubungi Kementerian Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui eAduan KPDN atau terus melalui Whatsapp di talian 019 – 2794 317 / 019 – 8488 000 (rujuk info dalam poster di bawah).

Ayuh kita sama-sama laporkan tentang peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan!

Kenaikan Harga Beras

Kenaikan Harga Beras

Jika ada premis-premis yang cuba menaikkan harga yang tidak mengikuti harga standard, kita sebagai pengguna jangan berdiam diri dan biarkan perkara itu terus berlaku.

Kita perlu ambil peduli dengan membuat aduan dan laporan. Jadilah pengguna yang berhemah, aduan anda itu semestinya memanfaatkan untuk semua masyarakat.

Diharapkan info tentang penjelasan isu Kenaikan Harga Beras ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More