Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kisah Penjual Nasi Lemak Dikurnia Rezeki Yang Tak Disangka

Penjual Nasi Lemak kebiasaanya akan menjual nasi lemak di warung kecil atau di tepi jalan supaya ia memudahkan orang ramai untuk mengetahui kewujudan jualannya.

Seperti yang kita tahu, nasi lemak merupakan makanan kegemaran dan makanan integrasi bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi bahkan sebagai hidangan yang biasa di sajikan di mana-mana tempat sekali pun.

Jadi hari ini, admin nak berkongsi satu topik tentang “rezeki” yang melibatkan satu kisah berkaitan dengan “nasi lemak”.

Sebelum tu admin nak tanya anda semua dahulu, anda pernah dengar tak satu pepatah melayu pernah menyatakan, yang rezeki kita ada hari ini adalah bukan sepenuhnya milik kita?

Walaupun kita bekerja keras untuk mendapatkannya setiap hari, tetapi dalam rezeki kita pasti terselit juga rezeki orang lain.

Isi Kandungan

Penjual Nasi Lemak Dikurniakan Rezeki Yang Tidak Disangka

Dalam satu postingan yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Zairina Yuszairi pada 9 Ogos baru-baru ini, dia ada menceritakan tentang satu kisah yang sangat menyentuh hati, yang melibatkan rezeki, kuasa Allah dan juga kuasa redha.

Kisah yang dikongsikan itu adalah kisah tentang seorang Penjual Nasi Lemak tepi jalan yang dia pernah singgah. Jom ikuti perkongsian di bawah tentang kisah Penjual Nasi Lemak tersebut.

Kisah Kakak Penjual Nasi Lemak

5 minit tadi aku singgah beli nasi lemak tepi jalan. Kakak Penjual Nasi Lemak tu lebih kurang sebaya aku.

Aku adalah pelanggan ke-3 yang beratur. Depan aku ada seorang brother dan Kakak Penjual Nasi Lemak yang tengah menyediakan beberapa bungkus nasi lemak untuk customer yang paling depan.

Sempat lah aku dengar sembang Kakak Penjual Nasi Lemak tu dengan pelanggan depan sekali, iaitu seorang perempuan.

“Lambat sikit hari ni sebab anak kecik meragam sebelum keluar berniaga,” katanya.

Maka aku assume dia keluar berniaga untuk tambah pendapatan suami atau untuk menyara kehidupan dia dengan anak kecilnya.

Nampak dia kelam kabut maybe sebab orang dah start beratur buat dia nak cepat uruskan bungkus untuk first customer tu. Aku tengok dekat 7 bungkus juga tapi sebab Kakak Penjual Nasi Lemak tu seorang sahaja yang buat semua so kena tunggulah.

Mungkin juga dia tak nak kehilangan pelanggan membuatkan dia menjadi kelam kabut. Kalau lama sangat orang beratur dan tunggu, kemungkinan orang akan pegi. Kalau betul ini yang aku jangkakan, kesian Kakak Penjual Nasi Lemak tu. Mungkin dia perlukan jualan yang banyak hari ini untuk dia tampung kehidupannya. Hiba kejap aku.

Tiba-Tiba, Dia Terlanggar Bekas Telur Mata Kerbau Atas Meja

Terbarai semua telur mata kerbau di dalam bekas itu dan jatuh ke tanah. Aku tengok muka dia penuh dengan kesedihan.

Modal tak dapat, customer yang nak ada telur mata dalam nasi lemak pun dah tiada. Aku dan brother yang berdiri di depan tolong Kakak Penjual Nasi Lemak tu kutip dan kemaskan.

Kami biarkan dia selesaikan dahulu urusannya dengan pembeli pertama.

Sampai giliran brother tu, dia order 2 bungkus nasi lemak. Aku tengok je muka Kakak Penjual Nasi Lemak tu, nampak berlinangan air mata dan dia tak berhenti minta maaf sebab lambat uruskan pelanggan yang first tadi.

“Maaf cik, lambat dan terpaksa tunggu lama,” katanya kepada brother tu.

Aku tengok brother tu senyum je.

Masa nak bayar, aku nampak brother tu keluarkan wallet. Aku nampak banyak not RM10 dan RM5 tapi dia keluarkan not RM50. Nasi lemak brother tu dalam RM 6 je.

Brother Hulurkan RM50

“Cik tiada duit kecil?” tanya Kakak Penjual Nasi Lemak tu.

“Saya ada ni je kak,” balasnya.

Sedangkan tadi aku nampak duit dalam wallet dia.

“Saya tiada duit kecil, esok atau bila-bila cik boleh datang bayar,” balas Kakak Penjual Nasi Lemak tu kepada brother tu.

Tiba-tiba, brother tu ambil bungkusan nasi lemak yang dia bungkus then dia kata,

“Takpa kak, tak perlu baki. Saya silap tadi. Saya nampak bekas telur tu dah nak jatuh tapi saya tak tolong alihkan ke tengah sikit. Rezeki kak lah balance tu ganti semula telur mata yang jatuh tu”, kata brother tu senyum dan berjalan ke kereta.

Allah Maha Besar

“Allah, banyak sangat ni cik. Terima kasih banyak-banyak dan semoga rezeki cik melimpah,” kata Kakak Penjual Nasi Lemak tu sambil mengesat air mata.

Brother tu senyum sebelum berlalu dari situ.

Penjual Nasi Lemak

Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Kisah Penjual Nasi Lemak Tersebut

3 pengajaran yang sangat baik yang boleh kita semua ambil daripada kisah itu adalah:

  1. Masih ada melayu yang sayangkan bangsanya dalam erti dan bahasa yang sebenar. Akan ada saudara seagama yang prihatin dan berhati mulia macam brother itu di sekeliling kita.
  2. Besarnya kekuasaan Allah SWT. Jangan kita sangka rezeki yang terlepas dari tangan kita akan pergi begitu sahaja. Akan ada rezeki lain yang DIA gantikan tanpa kita sangka. Asalkan kita redha dengan setiap apa yang berlaku. Rezeki dan rahmat Allah SWT itu sangat luas.
  3. Duit dalam poket kita bukan hak kita, tetapi duit yang kita sedekahkah itu adalah milik kita sepenuhnya. Nak banyak harta di akhirat, buatlah pelaburan di dunia dengan bersedekah dan berinfaq. Profit dan return bukan 2 atau 3 digit tetapi infiniti.

Harapan Penulis

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menyedarkan semua bahawa rezeki dan kekuasaan Allah SWT itu sangat lah luas dan tidak terhingga.

Banyaklah bersedekah dan membantu orang yang susah kerana itulah salah satu cara untuk kita membersihkan harta yang kita ada.

Semoga perkongsian tentang kisah Penjual Nasi Lemak ini bermanfaat dan memberi seribu satu pengajaran untuk anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More