Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penyakit Difteria- Tanda, Komplikasi, Rawatan dan juga Pencegahan

Pengenalan

Penyakit Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Ia jarang berlaku di negara perindustrian kerana pemberian vaksin DPT telah dilaksanakan.

Penyakit DifteriaPenyakit Difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan    melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.

Penyakit ini dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.

Agen penyebab

Corynebacterium diphtheriae. Bakteria yang dijangkiti oleh virus corynebacteriophage akan mengeluarkan toksin difteria. Menjangkiti tekak (tonsil, farinks, larinks, hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit , konjunktiva dan kemaluan.

Cara jangkitan

Jangkitan difteria tersebar dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair dan sentuhan fizikal.

Tempoh pengeraman

2 hingga 5 hari atau lebih lama. Jangkitan Penyakit Difteria adalah teruk dan boleh mengancam nyawa. Komplikasi adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.

Tanda dan Gejala

Penyakit Difteria

  • Pembebasan sitotoksin menyebabkan keradangan dan terbentuknya selaput lembut berwarna kelabu di sekitar tekak.
  • Sukar menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut dan farinks dan bengkak pada kelenjar leher.
  • Bagi kes yang teruk, leher menjadi bengkak dan edema.

Komplikasi

  • Kelumpuhan saraf kranial, motor periferi dan deria serta miokarditis.Kelumpuhan saraf otak, kaki dan tangan (motor periferi) serta deria dan radang pada jantung (miokarditis)

Rawatan

Rawatan khusus

  • Antitoksin diberikan serta-merta selepas spesimen bakteria diambil tanpa menunggu keputusan.
  • Antibiotik tidak boleh mengantikan antitoksin.
  • Eritromisin dan Penisilin diberi selepas kultur diperolehi.

Pencegahan

Semua individu yang melakukan perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan vaksin.

Jenis vaksin: Toksoid Difteria.

Bilangan dos: Sekurang-kurangnya 3, disuntik ke dalam otot.

Jadual vaksin: Ketika berumur 2, 3 dan 5 bulan berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.

Dos tambahan: Ketika berumur 18 bulan dan 7 tahun.

Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.

Kesan buruk:  Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.

Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Penyakit Difteria ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik Untuk Dibaca:Penyakit Rabies, Penyakit Strok, Penyakit Gout, Tekanan Darah Tinggi , Penyakit batu Karang, Kanser Perut Penyakit Anemia

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More