Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penyakit Strok- Faktor,Jenis,Tanda-Tanda Dan Rawatan

Strok

Strok/ Angin Ahmar

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang.

strok

Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Penyakit ini adalah merbahaya kerana boleh mengakibatkan kecacatan kekal.

Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian .Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap penyakit ini yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap penyakit ini seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Faktor-Faktor

Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:

  • Umur – peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko  lebih tinggi.
  • Jantina Lelaki – lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga – Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap penyakit ini.

    Strok
                                              Merokok meningkatkan risiko mendapat Strok                                        

Faktor risiko yang boleh diubahsuai  adalah:

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan – kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras – minum minuman keras yang berlebihan

Tanda-Tanda

Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran. Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Gejala

Gejala yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan

Jenis-Jenis

Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar:

  • Thrombotic/ischaemic strokestrok
    • Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
  • Haemorrhagic strokestrok
    • Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah

Rawatan

Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :

  • Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
  • Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
  • Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
  • Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
  • Nasihat amalan pemakanan sihat

Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Penyakit Strok- Faktor,Jenis,Tanda-Tanda Dan Rawatan akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Gout, Tekanan Darah Tinggi- Penyebab,Tanda,Komplikasi Dan Rawatan,Penyakit batu Karang,Kanser Perut Penyakit Anemia-Gejala,Penyebab dan Rawatan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More