Bahan Pendidikan Untuk Semua

6 PENYEBAB ANDA KERAP KENTUT

Kentut adalah perkara normal daripada proses pencernaan selain tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran pencernaan kita. Tapi bagi yang sering kentut tidak kira masa dan waktu sehingga membuatkan orang sekeliling tidak selesa, ia mungkin tanda gangguan pada sistem pencernaan anda.

1. Perubahan pola pemakanan

Perubahan pola pemakanan biasa membuatkan seseorang sering kentut misalnya menjadi seorang vegetarian atau menambah sesuatu jenis makanan dalam menu seharian anda.

Biasanya, gejala sering kentut akan berkurangan selepas tubuh dapat mengadaptasi perubahan pola pemakanan anda.

2. Makanan bergas

Terdapat beberapa jenis makanan yang menghasilkan gas lebih banyak dalam sistem pencernaan kita. Jenis makanan yang bergas ini biasanya dalam bentuk karbohidrat seperti ubi keledek.

Berlainan dengan protein, ia tidak menyebabkan kentut namun harus diingat ada sesetengah protein boleh membuatkan kentut anda berbau busuk! Bagi yang suka makan pedas, masam – ia juga pemicu untuk anda kentut dengan lebih kerap.

3. Sembelit

Sembelit juga boleh menyebabkan kita kerap kentut kerana kotoran yang terkumpul di usus besar akan terfermentasi dan menimbulkan lebih banyak gas dan berbau busuk!

4. Intoleransi Laktosa

Orang yang menghidap intoleransi laktosa akan menghasilkan lebih banyak gas dalam saluran pencernaan ketika ia mengambil produk tenusu seperti keju, mentega dan dadih.

Gas terbentuk kerana tubuh tidak mampu memproses laktosa iaitu sejenis protein yang terkandung dalam produk berasaskan susu. Selain sering kentut, ia juga boleh mengakibatkan gangguan pencernaan dan sakit perut.

5. Penyakit Celiac

Sistem pencernaan pada pesakit dengan penyakit celiac tidak mampu memecah gluten iaitu protein di dalam gandum dan produk berasaskan bahan itu.

Jika mereka mengambil gluten, bukan sahaja kentut malah akan mengalami sakit perut dan perut kembung.

6. Sindrom gangguan usus (IBS)

Irritable bowel syndrome (IBS) adalah kelainan pada saluran pencernaan yang mengakibatkan sakit perut, gas berlebihan, kentut dan cirit-birit.

Biasanya, gejala IBS ini akan muncul ketika penghidapnya berada dalam keadaan tertekan atau mengambil makanan tertentu.

Mengatasi masalah kerap kentut

 

1. Elakkan makanan yang selalu menyebabkan kentut

Jika anda rajin, anda boleh catatkan makanan mana yang akan menyebabkan anda kerap mengalami masalah ini.

Elakkan makanan tersebut jika anda ingin mengurangkan kekerapan buang angin

2. Cuba makan dalam kuantiti yang sedikit dan selalu

Ini akan mengurangkan stres pada saluran permakanan dengan harapan gas yang terhasil juga adalah kurang

3. Elakkan Makan dan minum terlalu cepat

Makan dan minum yang cepat akan menyebabkan lebih banyak udara yang ditelan.

4. Bersenam selalu

Mereka yang bersenam akan lebih susah untuk menghadapi sembelit berbanding orang yang tidak bersenam

5. Kurangkan makanan berminyak

Makanan berminyak akan menyebabkan pencernaan makanan menjadi lambat. Ini akan memberikan lebihan masa untuk bakteria menguraikan makanan dalam perut dan menghasilkan gas.

6. Berhenti merokok

Ia akan menyebabkan lebih banyak angin ditelan ke dalam saluran permakanan

7. Elakkan daripada minuman bergas

Minuman ini akan melepaskan gas ketika di dalam saluran permakanan

Jika masalah kentut bertambah teruk berserta dengan sakit perut, cirit-birit, demam, najis berdarah serta penurunan berat badan – sebaik-baiknya berjumpa dengan doktor bagi memastikan tiada masalah lebih teruk.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More