Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24

Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang ingin menyertai Tentera Udara Malaysia dalam pelbagai bidang ketenteraan.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24

Maklumat Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanInfo Lanjut
Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 68/24– Tarikh Tutup Permohonan: 7 Januari 2024 (Ahad)
– Jabatan / Kementerian: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon-calon Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 hendaklah memiliki kelayakan syarat-syarat asas seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 15 Jun 2024.
  3. TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
  4. Melepasi syarat penglihatan seperti boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna.
  5. Melepasi syarat pendengaran seperti tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
  6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  7. Melepasi taraf kesihatan seperti sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Seterusnya, calon-calon Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 hendaklah memiliki kelayakan syarat-syarat fizikal seperti berikut:

  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI):
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25
Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 1
Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24

Calon-calon Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 juga perlu melepasi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

  • SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara Memohon

Borang permohonan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 ini telah dibuka bermula 27 November 2023 sehingga 7 Januari 2024.

Untuk memohon, pastikan anda mempunyai akaun pemohon dan mendaftar masuk mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  2. Log masuk ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM / SVM, maklumat Sijil / Diploma dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 7 Januari 2024.

Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.

Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Untuk maklumat penuh pengambilan, syarat dan tarikh serta lokasi pemilihan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Maklumat Tambahan

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel: 03-40170100
Hari: Isnin – Jumaat
Masa: 9.00pg – 4.00ptg
Facebook: Kerjaya & Pengambilan TUDM

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti Jawatan Kosong Yayasan Peneraju 2024 atau Pengambilan PSSTLDM Siri 01/24, anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More