Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Perbuatan Biadap Hina Guru

Hina Guru? Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah masuk hari ke-23. Sepanjang PKP ini, penulis turut sibuk memantau anak-anak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru secara online dalam group whatsapp. Walaupun begitu, penulis tidakk pernah terfikir  negatif terhadap guru-guru di sekolah anak-anak.

Setiap tugasan yang diberikan, penulis akan pastikan anak-anak menyiapkan dengan lengkap. Ianya tetap sama Kerja, tapi namanya bekerja dari rumah. Namun, tidak sangka kenapa ada individu yang membuat kenyataan berbaur hinaan terhadap guru? Pertikaikan perihal elaun, gaji dan sebagainya.

Hina Guru

Apa yang tular di facebook beberapa hari yang lalu memang satu perbuatan yang tidak baik dan sangat biadap seperti dalam kenyataan di BHOnline

KUALA LUMPUR: Kenyataan menghina  guru dan profesion perguruan oleh seorang pengguna Facebook yang tular beberapa hari lalu adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan amat biadab.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata, hantaran oleh individu dikenali sebagai Jaapar Al Maliq itu bukan sahaja keterlaluan, malah disifatkan sebagai satu penghinaan ke atas semua guru.

Beliau berkata, penutupan sekolah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu akibat pandemik coronavirus (COVID-19) tidak bermakna tugas guru turut terhenti.

“Mungkin individu ini tidak tahu atau tidak sedar, tugas guru berterusan walaupun ketika PKP.

“Bukan hanya terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, semua guru pada masa sama perlu memastikan silibus pengajaran tetap dipenuhi dan pelajar tidak ketinggalan walaupun tidak perlu hadir ke sekolah,” katanya kepada BH di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas hantaran dibuat individu terbabit, yang antara lain mempertikaikan pemberian elaun kepada guru kerana berpendapat, golongan terbabit hanya ‘berehat’ sepanjang tempoh PKP.

Selain mempertikaikan elaun guru itu, Jaapar Al Maliq secara sinis turut mendakwa, golongan terbabit tidak boleh menerima sebarang kritikan atau kecaman.

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, jelas dan nyata lelaki berkenaan tidak memahami dengan terperinci tugas sebenar seorang guru, sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya ingin tegaskan, tidak ada seorang guru pun yang berehat sepanjang PKP. Mereka tertakluk dalam menyediakan segala modul pengajaran untuk pembelajaran atas talian, termasuk menyediakan dan menyemak kerja sekolah murid masing-masing,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, NUTP tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas individu berkenaan buat masa ini.

“Setakat ini tindakan seumpama itu masih belum diputuskan,” katanya.

Difahamkan, individu berkenaan bagaimanapun sudah meminta maaf secara terbuka menerusi hantaran mesej dalam Facebook hari ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More