Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas 2021

Permohonan Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi 2021 kini dibuka oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk pemohon warganegara Malaysia yang layak.

permohonan

Isi Kandungan

Skop Projek

Skop projek yang telah digariskan dalam melaksanakan projek ini adaah seperti berikut;

  1. Pemberian Geran Bantuan Tanaman Nanas dengan sulur nanas (tanam baru) atau Baja;
  2. Pembiayaan Geran bantuan meliputi input pertanian sahaja sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan Perindustrian Nanas Malaysia (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun) (Pindaan 2011).

Ciri-ciri Projek

  1. Bagi peserta individu hendaklah mempunyai keluasan minima 5 ekar dan maksima kurang daripada 100 ekar;
  2. Bagi peserta yang mempunyai keluasan dibawah 5 ekar, pelaksanaan akan dibuat melalui pendekatan kelompok bagi memudahkan pengurusan dan mengurangkan kos operasi;
  3. Peserta mesti menanam dengan tanaman tunggal dan jumlah kepadatan yang disyorkan oleh LPNM atau sekurang-kurangnya 15,000 pokok.
  4. Peserta hendaklah mengguna pakai amalan teknologi (Amalan Pertanian Baik) terkini; dan
  5. Penentuan dan penetapan varieti adalah tertakluk kepada LPNM.

Kriteria dan Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Taraf milik tanah yang sah;
  3. Berdaftar dengan LPNM dan berdaftar dengan Koperasi/ Kelompok;
  4. Tanaman tunggal;
  5. Tanaman Nanas perlu ditanam sekurang-kurangnya 15,000 pokok/ekar; dan
  6. Pekebun kecil sahaja

Jenis-jenis dan bentuk geran bantuan

  1. BAJA SEBATIAN (50KG/BEG)
BIL INPUT GERAN BANTUAN / EKAR anggaran KOS BANTUAN / EKAR (RM)
1. BAJA NPK HIJAU
(15:15:15)
12 BEG 2,200.00
2. BAJA NPK BIRU
(12:12:17:2+TE)
6 BEG
  1. BAHAN TANAMAN
BIL BAHAN TANAMAN KUANTITI SULUR KOS BANTUAN / EKAR
1. SULUR NANAS 15,000 X RM 0.15 RM 2,250.00

Kaedah Perlaksanaan:

  1. Untuk Bantuan Bahan Tanaman – hanya diberikan kepada Lot-Lot Tanah yang tidak pernah menerima sulur/benih sebelum ini di bawah mana-mana projek penanaman nanas LPNM seperti: Projek di bawah 15 Ekar, Projek Tanam Baru (RTB), Projek Ladang Kontrak, Projek Khas, Projek Transformasi Pengeluaran Nanas (PTPN), Projek Kluster dan sebagainya.
  2. Untuk Baja Sebatian – pengusaha yang tidak pernah menerima benih/sulur nanas di lot-lot tanah LAYAK untuk memilih sama ada untuk mendapatkan Baja Sebatian ATAU Sulur/Benih

Tatacara Permohonan

  • Permohonan Untuk Geran Penaman / Penanaman Semula Nanas
  • Surat Akuan Berkanun
  • Surat Pelepasan Tanggungan
  • Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Pekebun ( Borang IV)

Dengan Menyediakan dokumen–dokumen seperti berikut :-

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Geran / Surat Tol / Surat Kebenaran daripada Pentadbir Tanah (Beserta Pelan Tanah)
  • Surat / Notis Pembayaran Cukai Tanah yang terkini.

* Permohon bolehlah menghubungi Cawangan-cawangan LPNM yang berhampiran anda :

Maklumat Lanjut 

Kepada yang berminat untuk memohon boleh menghubungi LPNM di talian 06-7616591 atau menghadirkan diri ke Pejabat LPNM Negeri Sembilan / Melaka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mpib.gov.my/projek-pengukuhan/ untuk jenis-jenis bantuan tanaman nanas yang disediakan oleh LPNM.

Artikel lain: Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More