Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500

Isi Kandungan

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500, Terima Bayaran 7 Mei 2021

Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri.

 aidilfitri

Katanya, semua penjawat awam negeri bermula dari gred 54 dan ke bawah, termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri akan menerima bayaran berkenaan.

Pesara awam negeri, katanya turut menerima bayaran khas sebanyak RM250.

“Kerajaan negeri menyambut baik keputusan bayaran bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri yang diumumkan menerusi kenyataan media pejabat Perdana Menteri semalam.

“Selaras dengan pengumuman itu, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah,” katanya.

Bantuan itu, katanya sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti dan pengorbanan penjawat awam negeri melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama ketika menghadapi pandemik COVID-19.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI SABAH 2021

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, dalam kenyataan medianya, berkata bayaran itu yang dibuat serentak dengan gaji bulan depan iaitu pada 7 Mei memberi manfaat kepada seramai 20,269 kakitangan awam negeri.
Semalam, pejabat Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam persekutuan akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM500, manakala RM250 bagi pesara yang akan dibayar serentak dengan bayaran gaji Mei, iaitu pada 6 Mei depan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More