Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)

Biasiswa Yang DiPertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) kini boleh dimohon oleh semua warganegara Malaysia yang berkelayakan .

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon.

Buat pelajar UITM, anda dijemput untuk memohon Biasiswa Endowment UITM 2022.

BIASIWA YANG DIPERTUAN AGONG

APAKAH BIASIWA YANG DIPERTUAN AGONG (BYDPA)?

Biasiswa Yang diPertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian.

BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian di peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat PhD di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN BIASIWA YANG DIPERTUAN AGONG (BYDPA) 2022 DIBUKA?

Permohonan dibuka pada :

  • 19 Januari 2022 – 22 Februari 2022

APAKAH SYARAT-SYARAT PERMOHONAN?

Rujuk syarat-syarat permohonan di bawah :

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN BIASIWA YANG DIPERTUAN AGONG (BYDPA)?

Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui :

Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa) sama ada secara serahan tangan atau pos.

Lihat panduan permohonan dibawah :

BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Akhir kata, semoga dengan adanya Biasiswa Yang DiPertuan Agong ini, lebih ramai rakyat Malaysia yang berpeluang untuk melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D). Sebarkan untuk manfaat bersama.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More