Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN BIASISWA ENDOWMENT UITM 2022

Permohonan biasiswa endowment UITM 2022 kini dibuka! Pelbagai biasiswa yang disediakan khusus untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda, Master, PHD mahupun OKU.

Untung siapa yang dapat biasiswa ni dah tak perlu bergantung harap dengan PTPTN. Untuk Ijazah Sarjana Muda, RM10,000 setahun dan tambahan yuran pengajian ditanggung.

Untuk Master, RM24,000 setahun dan tambahan yuran pengajian ditanggung. Untuk PhD, RM36,000 setahun dan tambahan yuran pengajian ditanggung.

Malah pelajar OKU dan pelajar antarabangsa juga turut layak untuk apply biasiswa ini.

Sementara itu, buat belia lepasan SPM/Sijil Kemahiran yang tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS, jangan bersedih kerana anda berpeluang untuk menyertai [UBES 3.0] Permohonan Program Usahawan Belia Sejahtera.

biasiswa endowment uitm 2022

Isi Kandungan

APAKAH BIASISWA ENDOWMENT UITM 2022?

UiTM menyediakan peluang kepada pelajar cemerlang Malaysia dan antarabangsa untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah dan pasca siswazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan menawarkan Biasiswa Endowmen UiTM, yang pertama seumpamanya di UiTM.

Biasiswa ini bukan sahaja meliputi yuran pengajian akademik tetapi juga elaun bulanan yang bermanfaat.

Bagi tahun 2021, lebih daripada 30 biasiswa akan diberikan kepada pelajar terpilih yang dikategorikan seperti berikut:

  • Biasiswa sarjana untuk warganegara Malaysia
  • Biasiswa pascasiswazah untuk warganegara Malaysia
  • Biasiswa pascasiswazah untuk pelajar antarabangsa yang belajar di UiTM dalam bidang keutamaan yang ditetapkan.

Calon-calon terbaik yang telah ditawarkan melanjutkan pengajian sepenuh masa di Universiti Teknologi MARA adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Wakaf UiTM.

biasiswa endowment uitm 2022

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN BIASISWA ENDOWMENT UITM 2022 DIBUKA?

Permohonan Biasiswa Endowmen UiTM 2022 adalah dibuka seperti tarikh berikut:

  • Tarikh buka : 10 Jan 2022
  • Tarikh tutup : 23 Jan 2022
  • Tarikh keputusan : 21 Feb 2022

Semua pelajar UiTM yang memenuhi syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN?

Sila layari pautan berikut untuk memohon serta melihat syarat-syarat permohonan :

biasiswa endowment uitm 2022

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila layari :

  • Laman web UITM
  • Email : [email protected]
  • Tel    : +603-5543 5966
  • Alamat : Endowment Unit, Level 20, Tower 1, Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Semoga perkongsian kami mengenai biasiswa endowment uitm 2022 ini memberi manfaat buat semua. Jangan lepaskan peluang jika anda layak dan memenuhi syarat serta kriteria-kriteria yang diperlukan ya! Sangat beruntung jika berjaya dapatkan biasiswa ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More