Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Hadiah Latihan Persekutuan

Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Perkhidmatan Persekutuan) untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa Sesi 2022. Biasiswa ini hanya untuk yang berminat dan memenuhi syarat sahaja.

Permohonan adalah secara atas talian bermula 22 Mac 2021 hingga 16 April 2021. Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon perlu membaca jadual yang telah diedarkan oleh JPA.

permohonan

Isi Kandungan

Syarat Permohonan

Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama iaitu pegawai dalam perkhidmatan daripada Skim Perkhidmatan Gunasama. Selain itu, pemohon juga perlu mengikuti syarat umum dan syarat khusus ini:

  • Syarat Umum

    • Pegawai – pegawai mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan / sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam suatu pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Syarat Khusus

    • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap
    • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan
    • Mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun berturut iaitu dari 2018 sehingga 2020. Penilaian LNPT hendaklah genap 12 bulan.
    • Pada 1 Januari 2022, pegawai mesti berumur tidak melebihi 45 thaun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dan tidak melebihi 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana.
    • Bersih daripada tuduhan atau tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah
    • Telah mengisytiharkan harta
    • Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA
    • Pegawai bebas daripada sebarang penyakit kronik
      • Ahli keluarga pemohon yang dibawa bersama (sekiranya ditawarkan pengajian di luar negara) juga perlu bebas daripada sebarang penyakit kronik.
    • Masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian
      tinggi sama ada di luar atau dalam negara

Permohonan Program Hadiah Latihan Persekutuan 1

Peringkat Pengajian

Dua (2) peringkat pengajian ditawarkan bagi permohonan biasiswa HLP Sesi 2022 iaitu:

  • Ph.D = universiti luar dan dalam negara; dan
  • Sarjana = universiti luar dan dalam negara.
    • Pegawai yang pernah ditaja di bawah Program HLP JPA ke luar negara diperingkat Ijazah Sarjana hanya dibenarkan untuk memohon pengajian di dalam negara bagi penawaran Program HLP JPA di peringkat Ijazah Kedoktoran.
    • Pengajian secara Kerja Kursus (Coursework) di peringkat Ijazah Sarjana perlu melibatkan sekurang-kurangnya enam (6) jam kredit dalam bentuk tesis, disertasi atau kertas projek penyelidikan.

Cara Memohon

Borang permohonan yang lengkap tersebut perlu dikemukakan kepada
urusetia PPSM masing-masing bersama-sama dengan dokumen-dokumen
sokongan yang berkaitan seperti berikut:

  • Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya (diakui sah oleh pegawai berkelayakan);
  • Salinan Ijazah Sarjana lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya (sekiranya berkaitan) (diakui sah oleh pegawai berkelayakan);
  • Salinan Slip keputusan TOEFL atau IELTS bagi permohonan pengajian di Luar Negara (diakui sah oleh pegawai berkelayakan);
  • Salinan Surat Akuan Doktor oleh Pegawai Perubatan & Kesihatan berdaftar sekiranya pegawai atau ahli keluarga menghidap penyakit kronik (ahli keluarga yang dimaksudkan adalah yang dibawa bersama sekiranya ditawarkan pengajian di luar negara sahaja);
  • Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkeluarga) (diakui sah oleh pegawai berkelayakan); dan
  • Dua (2) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian. Pemohon boleh merujuk Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan / Pengajian HLP Sesi 2022 seperti di Lampiran 4.
  • Tekan pautan ini untuk memohon secara dalam talian. https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=HLP

Senarai Universiti HLP

Berikut adalah antara universiti yang pemohon boleh sambung pengajian:

  • UNIVERSITI PENYELIDIKAN (RU)
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • Universiti Malaya (UM)
    • Universiti Putra Malaysia (UPM)
    • Universiti Sains Malaysia (USM)
    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • B. UNIVERSITI KOMPREHENSIF
    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
    • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
    • Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
    • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
    • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
    • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
    • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • C. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (MTUN)
    • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
    • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    • Universiti Teknikal Melaka (UTeM)
    • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • BIL. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)
    • Asia Pasific University College of Technology and Innovation (APU)
    • Curtin University (Malaysia Campus), Sarawak
    • Monash University Malaysia
    • Swinburne University of Technology (Sarawak Campus)
    • The Global University of Islamic Finance (INCEIF), Kuala Lumpur
    • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
    • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
    • University College Sedaya International (UCSI University)
    • University of Nottingham (Malaysia Campus), Semenyih
    • Taylor’s University Malaysia
    • Management and Science University (MSU)
    • Sunway University
    • Universiti Kuala Lumpur (UNiKL)
    • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
    • Lincoln University College
    • Tunku Abdul Rahman University College (TARUC)
    • University College TATI
    • Widad University College
    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
    • SEGi University
    • Manipal International University
    • Putra Business School (PBS)

Bidang – bidang Terpilih HLP

Anda boleh tekan pautan yang disediakan untuk melihat bidang yang terpilih bagi HLP ini:

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak penyelaras yang bertugas boleh dihubungi seperti berikut:

  • Penyelaras: Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA
  • Telefon: 03 8885 3053 / 3371
  • Emel: [email protected]

Artikel lain: Semakan Bantuan Khas Ibu Tunggal

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More