Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Skim Pembiayaan Informal TEKUN

Permohonan SPIN TEKUN: Bantuan Sektor Informal Sehingga RM5,000

Usahawan sektor informal boleh membuat permohonan yang memerlukan bantuan pembiayaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN). Sektor informal ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

permohonan

Matlamat Pembiayaan

Matlamat pembiayaan SPIN yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional adalah untuk:

  • Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pendemik wabak COVID-19 yang melanda negara.
  • Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.
  • Menggalakkan usahawan sektor informal untuk mendaftar.
  • Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan.
  • Mendorong untuk anjakan daripada status perniagaan informal ke perniagaan berstatus mikro dan seterusnya ke kategori lebih tinggi.

Kadar Pembiayaan

Menerusi pembiayaan SPIN, ushawan sektor informal yang layak akan mendapat pembiayaan antara RM1,000 dan RM5,000.

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional bagi pembiayaan SPIN adalah 3 tahun atau 36 bulan. Kadar keuntungan yang ditetapkan pula adalah sebanyak 4% setahun.

Syarat Pembiayaan

Usahawan yang ingin memohon SPIN perlu memenuhi syarat-syarat pembiayaan seperti berikut:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Pemohon ialah Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.
  • Pemohon mempunyai bukti perniagaan yang dijalankan.

Cara Memohon

Usahawan sektor informal yang ingin memohon SPIN perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang-borang berikut.
  2. Isi borang-boranng tersebut dengan lengkap.
  3. Hantar borang-borang tersebut ke pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran.
  4. Senarai lokasi pejabat TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk melalui link berikut https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.

Maklumat Lanjut

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai SPIN, sila hubungi Khidmat Pelanggan TEKUN Nasional di:

Artikel lain: Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Menurun

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More