Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Terus Menurun

Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Terus Menurun Di Malaysia

kadar

Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan apabila berada pada tahap 0.93 semalam, namun lapan negeri mencatat nilai Rt melebihi purata kebangsaan.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, hari ini, menunjukkan Pahang merekodkan nilai kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.17, disusuli Melaka (1.09), Kelantan (1.08), Kedah (1.05), Sarawak (1.03), Pulau Pinang (1.02), Sabah (0.96) dan Johor (0.96). Bagaimanapun, data itu menunjukkan trend jangkitan COVID-19 kekal dalam unjuran menurun, dan kes harian mampu mencecah dua angka menjelang Mei sekiranya Rt turun kepada 0.8.

Nilai kadar kebolehjangkitan merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif. Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Nilai Rt negara meningkat kepada 1.0 pada 25 Mac lalu susulan trend peningkatan kes harian pada minggu berkenaan, namun kembali menurun sejak lima hari lalu.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: PKPB 6 Negeri Diteruskan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More