Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mudah Buat Pewangi Homemade, Guna 2 Bahan Sahaja

Pewangi Homemade boleh dihasilkan hanya dengan menggunakan 2 bahan yang mudah untuk didapati serta dengan mengikuti langkah yang ringkas ini sahaja.

Umumnya, pakaian akan digantung atau dilipat sebelum disimpan di dalam almari yang bertutup selepas selesai dibasuh. Kadangkala perkara ini sering mengundang kepada kehadiran kulat pada bahagian dalam almari malah terhadap pakaian anda.

Masalah ini sering timbul apabila pakaian terperam dalam tempoh yang agak lama di dalam almari dan masalah ini sering timbul disebabkan oleh udara yang lembap lebih-lebih lagi pada suhu bilik tanpa terkena sinaran matahari.

Jadi, pakaian anda akan cenderung untuk berbau busuk atau ‘kepam’ meskipun berbau wangi pada awalnya. Oleh itu, untuk memastikan keadaan di dalam almari pakaian itu kekal wangi dan segar sepanjang masa, anda perlu meletakkan pewangi di dalam almari tersebut.

Isi Kandungan

Cara Mudah Buat Pewangi Homemade

Berdasarkan satu video yang telah dikongsikan oleh Bezzera good Tips di Facebook, ia telah berkongsikan satu cara mudah untuk membuat Pewangi Homemade hanya menggunakan 2 bahan sahaja.

Oleh itu, sebelum membuat Pewangi Homemade tersebut anda perlu menyediakan

  1. Garam Kasar.
  2. Cecair Pelembut Pakaian.

Alatan – alatan yang diperlukan pula adalah

  1. Bekas Makanan (Disyorkan menggunakan tupperware dadih yang lutsinar).
  2. Sudu.
  3. Garfu.

Langkah-langkah untuk membuat Pewangi Homemade itu adalah seperti berikut. Selamat mencuba!

Langkah 1: Sediakan Bekas Untuk Meletakkan Pewangi Homemade

Pertama sekali, sediakan bekas makanan bersama penutup. Tebuk atau buat lubang pada bahagian penutup dengan menggunakan garfu yang telah dipanaskan.

Pewangi Homemade

Langkah 2: Masukkan Garam Kasar

Seterusnya, masukkan garam kasar di dalam bekas makanan tadi dengan sukatan dua sudu besar.

Pewangi Homemade

Langkah 3: Masukkan Cecair Pelembut Pakaian

Kemudian masukkan cecair pelembut pakaian ke dalam bekas makanan tersebut. Jenama cecair pelembut pakaian tidak kisah dan terpulang kepada anda.

Pewangi Homemade

Langkah 4: Gaul Campuran Garam Kasar Dan Cecair Pelembut Pakaian

Kemudian, gunakan sudu untuk mengaulkan campuran cecair pelembut pakaian dan garam kasar tadi secara bersamaan hingga sekata. Pastikan pes yang terhasil tidak terlalu cair dan terlalu kering.

Setelah selesai, Pewangi Homemade anda siap untuk diletakkan di dalam almari.

Pewangi Homemade

Credit Sumber: Bezzera good Tips

Fungsi Pewangi Homemade

Menurut penerangan dalam klip itu, garam kasar akan bertindak sebagai bahan penyerap kelembapan udara. Manakala cecair pelembut pakaian pula bertindak sebagai penyegar udara dan akan membuatkan pakaian di dalam almari menjadi lebih wangi.

Oleh itu, ia boleh mengelakkan pertumbuhan kulat dan pada masa yang sama boleh memberikan kesegaran di dalam almari pakaian anda.

Begitulah cara mudah untuk membuat Pewangi Homemade yang boleh dicuba sendiri di rumah masing-masing. Hanya perlu menggunakan 2 bahan yang memang sudah ada di rumah itu sahaja masalah bau kepam baju di dalam almari anda yang pernah berlaku selama ini pasti tiada lagi.

Semoga perkongsian cara mudah buat Pewangi Homemade ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More