Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pindah Rumah Baru? Inilah 5 Perkara yang Perlu Anda Lakukan 

Isi Kandungan

Pindah rumah baru inilah 5 perkara yang perlu anda lakukan

Pindah Rumah Baru

Proses pemindahan memerlukan banyak perkara yang perlu dilakukan.  Bermula dari tugas mengemas dan membersihkan rumah lama anda sehingga menghias rumah baru. pindah rumah baru inilah 5 perkara yang perlu anda lakukan ye.

Berikut adalah lima tips apa yang perlu ada lakukan sebelum berpindah supaya lebih memudahkan anda apabila tiba waktunya.

1. Pindah rumah baru?Pengasingan barangan mengikut kategori untuk Pindah Rumah Baru

Semasa proses mengemas, anda mungkin menyedari sebenarnya anda mempunyai banyak barangan yang mungkin anda sendiri telah lama tidak menggunakannya.  Sewaktu itu anda mungkin menyedari bahawa barangan tersebut tidak perlu dibawa dan seterusnya boleh menjimatkan kos pemindahan anda.

Sudah tiba masa untuk membersihkannya, walaupun anda tidak lagi mempunyai rancangan untuk berpindah dalam waktu terdekat.

Penyelesaian:

Mulakan proses pengasingan barang sekurang-kurangnya dua bulan sebelum anda berpindah.  Asingkan barangan tersebut mengikut kategori iaitu yang akan dibuang, dikitar semula atau didermakan dan diletakkan di dalam satu bilik khas.  Dengan cara ini, apabila tiba masanya, proses mengemas anda akan lebih mudah dan menjimatkan masa.

2. Sebilangan perabot dari rumah lama mungkin tidak sesuai di tempat baru

Pindah rumah baru inilah 5 perkara yang perlu anda lakukan ye. Salah satu masalah yang biasa berlaku semasa memindahkan perabot dari satu tempat ke tempat lain adalah bahawa saiz atau bentuknya tidak sesuai di tempat baru.  Mungkin anda berfikiran anda boleh menjual perabot tersebut atau memberikan kepada orang lain, kemudian membeli yang baru tetapi bukankah ia menyusahkan dan merumitkan lagi keadaan?

Penyelesaian:

Dicadangkan anda membeli perabot utama anda rekaan asas, ringkas dan berwarna semulajadi.  Cari jenis sofa yang mudah untuk disusun mengikut kesesuaian dan keperluan. Apabila anda berpindah, anda hanya perlu mengeluarkan kos untuk membeli sarung sofa bercorak atau berwarna-warni juga boleh menambah beberapa bantal atau permaidani untuk memberikan gaya baru untuk perabot anda.  Ia jauh lebih murah dan menjimatkan daripada anda menggantikan sofa baru yang terlalu terhad rekaannya dan tidak semua tempat sesuai untuk diletakkan.

3. Perabot yang berat menjadikan pemindahan dan penyusunan semula menjadi lebih sukar

Dulu kenyataan semakin berat perabot, semakin baik kualitinya sering dijadikan panduan semasa membeli perabot.  Tahukah anda pada masa kini, ia tidak lagi relevan kerana kemajuan pembuatan lebih maju menghasilkan perabot yang berkualiti dan lebih ringan .

Tidakkah anda sedar apabila anda hendak berpindah, menyusun atau mengangkat perabot yang berat tersebut akan menjadi lebih sukar.

Penyelesaian:

Pertimbangkan berat perabot sebelum anda membeli. Cari perabot yang berkualiti tetapi menggunakan bahan asas yang ringan.  Walaupun anda tidak merancang untuk berpindah, perabot ringan menjadikan kerja pembersihan dan menyusun menjadi lebih mudah.

4.  Jatuh cinta dengan rumah lama, tidak jadi berpindah?

Adakah anda telah jatuh cinta dengan rumah lama anda setelah agen jualan rumah mendekorasinya? Mungkin menjadi tanda tanya, apakah rahsia rumah anda kelihatan begitu hebat setelah didekorasi untuk dijual? Kenyataannya hanya konsep sederhana dan beberapa prinsip reka bentuk yang diaplikasikan.

Penyelesaian:

Semasa menghias kediaman baru, hias rumah baru anda agar kelihatan seperti rumah contoh dan kekalkan seperti itu setiap hari.  Pastikan setiap bilik mempunyai sentuhan aksesori dan warna yang tepat.  Bakar lilin wangi dan nikmati rumah baru anda!

Apabila sudah jemu, susun semula perabot dan aksesori rumah anda.  Menyegarkan ruang anda setiap beberapa bulan dapat menaikkan aura positif.

5. Lakukan segera atau ia tidak akan berlaku

Sila jawab ini dengan jujur, sekiranya anda baru berpindah dalam beberapa tahun terdekat ini, anda mungkin masih lagi mempunyai beberapa kotak tersimpan yang masih lagi belum dibuka bukan? Atau rancangan anda untuk projek pembaikan rumah yang ingin anda buat tetapi tidak pernah bermula.

Penyelesaian :

Anda perlu menghias kediaman baru anda dengan segera.

Sekiranya anda mempunyai projek yang ingin dilakukan, seperti meningkatkan pencahayaan, mengecat atau menggantikan lantai, lakukannya sebelum anda berpindah. pindah rumah baru inilah 5 perkara yang perlu anda lakukan. Jauh lebih mudah untuk menyelesaikan projek ini sebelum anda berpindah masuk, tetapi jika anda tidak dapat melakukannya terlebih dahulu, jadikan ia sebagai keutamaan semasa anda berpindah. Selain artikel ini, anda juga boleh rujuk dalam artikel ini untuk lebih lanjut.

Wajib bongkar setiap kotak. Jika anda kehabisan idea memikirkan bagaimana untuk mengecat, dicadangkan anda cat hanya satu dinding fokus dengan warna.  Anda akan kagum dengan hasilnya. Kepada yang masih mencari rumah, anda bolehlah rujuk di laman PERMOHONAN RUMAH PPRT 2023 untuk mendapakan rumah mampu milik.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More