Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PKP Bakal Dilaksana Jika Kes Meningkat

PKP bakal dilaksana kembali jika angka kes Covid-19 meningkat. Itulah kebimbangan yang disuarakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadap peningkatan kes Covid-19 mutakhir ini, selain itu beliau juga memberi gambaran tentang kesan buruk jika perintah kawalan pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan semula.

PKP Bakal Dilaksana Jika Kes Meningkat 1
Kawalan pergerakan diseluruh negara pada Mac lalu – Gambar BERNAMA

“Saya ingin mengingatkan kita semua, akan kesan sekiranya kes Covid-19 meningkat dengan mendadak dan PKP terpaksa dilaksanakan semula.

“Akibatnya tentulah amat buruk kepada kehidupan kita dan ekonomi negara. Kita tidak boleh ke mana-mana dan tinggal di rumah sahaja seperti yang sedang dikuat kuasakan di Kota Setar, Kedah pada masa ini,” katanya.

Isi Kandungan

PKP Diperketat Elak Kes Meningkat

Peningkatan yang mendadak ini hasil daripada 3 daerah zon merah iaitu Kota Setar di Kedah, Tawau dan juga Lahad Datu di Sabah mencatatkan kes baru sebanyak 615 kes. Perkara ini sangat-sangat membimbangkan semua pihak kerana ianya mungkin menjadi kluster yang besar.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan sedaya-upaya cuba untuk tidak melaksanakan PKP buat kali kedua, namun jika perkara ini sukar dibendung, kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakannya kembali. Bahkan akan memperketatkan lagi kawalan pergerakan di kawasan yang mencatatkan angka yang tinggi.

“Kes harian Covid-19 yang direkodkan adalah sekitar satu, dua dan adakalanya tiga digit tanpa pernah mencatatkan kes sifar. Ini memberikan gambaran bahawa rantaian jangkitan Covid-19 di Malaysia masih belum dapat diputuskan sepenuhnya,” ujarnya lagi.

PKP Bakal Dilaksana Jika Kes Meningkat 2
Antara respon netizen dari laman sosial facebook Berita Harian terhadap ucapan Perdana Menteri.

Rakyat di ingatkan lagi tentang kita masih lagi berada dalam fasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember ini. Mengikut statistik, terdapat 632 pesakit Covid-19 yang masih menjalani rawatan di Malaysia. Dan kadar ini pernah menurun ke tahap 2 angka, iaitu 63 orang pada pertengahan Julai yang lalu.

Dalam ucapan Muhydidin juga, negara kita mungkin berisiko untuk dilanda gelombang baru seperti negara-negara yang lain jika rakyat masih berdegil dan tidak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Kerajaan juga tetap dengan pendirian untuk tidak terburu-buru membuka sempadan negara malah akan memperketatkan lagi kemasukan disetiap pintu masuk negara. Setakat ini, masih tiada lagi vaksin untuk mencegah covid-19 dan jika ada pun, ia masih belom lagi berjaya sepenuhnya.

Tindakan Tegas Terhadap Pesalah Yang Ingkar

Kes yang meningkat ini juga kesan daripada keingkaran sesetengah pihak yang tidak menjalani kuarantin mengikut SOP yang ditetapkan dan ingkar arahan SOP. Merujuk dalam laman berita Berita Harian pada 11 September yang lepas, seramai 312 orang telah ditahan kerana ingkar arahan PKP. Ramai juga memberi cadangan untuk meningkatkan lagi kadar kompaun terhadap pesalah yang ingkar kuarantin kerana kadar kompaun yang dikenakan sekarang masih lagi dalam kadar yang rendah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More