Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PKPD Tidak di Umum Awal Elak Warga Asing Lari

PUSAT Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kini menjadi lokasi keenam di Malaysia yang diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin sehingga 3 Mei 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, dibuat tanpa pengumuman awal bagi mengelakkan warga asing di kawasan itu melarikan diri.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, perkara itu dibuat dengan mengambil kira pelaksanaan PKPD di kawasan Masjid India apabila ramai warga asing dikatakan keluar dari kawasan itu apabila mengetahui mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan itu juga tidak dilakukan secara terburu-buru seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia telah dikaji oleh Pusat Pengurusan Krisis (CMC) Wilayah Persekutuan secara terperinci.

“Kami mempunyai cabaran kerana daripada pengalaman di Masjid India, kalau bagitahu mereka akan keluar dan lari, bila mereka ni lari maka mereka akan wujudkan lagi satu kluster baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Pusat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan dan PKPD kawasan penempatan Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

PKPD

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Berikut merupakan lapan parcel yang terlibat dalam PKPD terbaharu itu: 

  • Parcel A: Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
  • Parcel B:  Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
  • Parcel C: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
  • Parcel D:  Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
  • Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
  • Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
  • Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur
  • Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur

Kesimpulannya, kerajaan terpaksa melakukan PKPD secara mengejut untuk mengelakkan munculnya kluster baru jika warga asing melarikan diri seperti yang terjadi di Malayan Mansion. Rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan sentiasa memberi bantuan makanan di kawasan yang dikenakan PKPD.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More