Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PKPP : Ini Perkara Yang Anda Perlu Buat Selepas Daftar Masuk Hotel

Selepas mengetahui industri pelancongan domestik sudah boleh mula beroperasi, pasti semua tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti di semua tempat peranginan yang di ingini.

Lebih-lebih lagi pada yang terpaksa membatalkan percutian mereka pada saat akhir juga disebabkan berkurung sahaja di dalam rumah sepanjang tempoh PKP yang lalu.

Jadi anda semua pasti mengambil peluang ini untuk menenangkan fikiran akibat dari tempoh pandemik ini atau mungkin juga menggembirakan anak-anak yang juga dah lama tidak bersekolah dan ahli keluarga lain yang sudah lama berkurung.

Namun begitu, adalah di ingatkan anda masih lagi tetap perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 terus berlaku. Walaupun sudah diberikan sedikit kelonggaran, virus tersebut masih belum berjaya dihapuskan sepenuhnya, jadi kita semua perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan ia kembali menular.

 

Ini Perkara Yang Anda Perlu Buat Selepas Daftar Masuk

 

Sewaktu anda hendak pergi melancong nanti,  terdapat beberapa perkara yang disarankan oleh Public Health Malaysia di laman facebook mereka, untuk anda lakukan selepas mendaftar masuk dimana-mana pusat peranginan.

Saranannya adalah seperti berikut :-

  • Hanya pilih hotel yang mematuhi SOP
  • Sediakan cecair disinfeksi atau bawa sendiri spray disinfeksi

 

 

  • Semburkan di tombol pintu, tandas, katil, permukaan yang sering di sentuh

 

  • Buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit untuk pengudaraan dan pencahayaan.

 

Kita Jaga Kita

Demi keselamatan anda dan keluarga, saranan ini bagus untuk dipraktikkan bagi memelihara dan mencegah penularan pandemik ini.

Walaupun pihak pusat peranginan mungkin telah siap sedia melakukan proses disinfeksi di setiap bilik dan kawasan sekitar.  Namun, tidak salah anda melakukan sekali lagi perkara-perkara tersebut, setidaknya anda sudah mengambil langkah berjaga-jaga kerana anda sendiri mungkin tidak mengetahui siapa yang telah menginap di bilik tersebut sebelum itu.

Tidak lupa juga, pastikan anda mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan menggunakan pelitup muka dan hand sanitizer juga menjaga jarak anda apabila berada di tempat awam.  Sila pastikan sekiranya, anda atau ahli keluarga demam atau kurang sihat, pastikan mendapat rawatan dan tidak keluar rumah apabila tiada keperluan.

 

“Kita Jaga Kita”

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More