Sumber Rujukan Globalisasi Anda

POKOK LIDAH JIN, BUAT RUMAH ANDA KURANG BERHABUK

Pokok lidah jin, lidah mertua ataupun Snake Plant adalah antara pokok yang sering ditemui di tanam dalam rumah kebanyakkan penduduk di Malaysia. Selain ditempatkan di ruang tamu, ada juga yang meletakkan pokok ini di dalam bilik air dan juga bilik tidur.

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada Universiti Harvard, Pokok ini merupakan tanaman yang menjadi pembekal oksigen yang baik. Pokok ini merupakan pembekal oksigen yang baik dan boleh mengurangkan gas berbahaya dalam udara diyakini juga boleh mengurangkan alahan yang berpunca daripada masalah udara. Walaupun anda menggunakan pembersih udara, menanam pokok seperti Pokok Lidah jin di dalam rumah sebenarnya turut membantu.

Snake Plant antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksid dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah.

Yang paling best semenjak ada Snake Plant atas rak. Rak dah kurang berhabuk. Kalau tak dulu setiap 2 hari nak kena lap habuk.

Snake Plant juga antara pokok yang disebut “Hard To Kill”. Sesuai sangatlah untuk yang baru nak berjinak deco rumah dengan pokok hidup. Yang terasa diri tangan panas atau black hand pun boleh cuba tanam Snake Plant.

Kali ni bonda nak kongsi cara, macam mana nak pindahkan Snake Plant ke pasu yang lebih kecil dan sesuai untuk dalam rumah.

LIDAH JIN

Pokok ni ambil dekat rumah mak. Dah tak ada pasu. Kalau tak tau mana nak dapat, pergilah singgah nursery pokok. Sepasu snake plant RM15 dah boleh dapat.

LIDAH JIN
LIDAH JIN

Mana bahagian akar terkeluar macam dalam gambar potong je akarnya.

POKOK LIDAH JIN, BUAT RUMAH ANDA KURANG BERHABUK 1

Ni hasil yang potong dengan akar.

POKOK LIDAH JIN, BUAT RUMAH ANDA KURANG BERHABUK 2

Tak dapat akar, potong daun. Bahagian bawah potong menyerong. Potong menyerong supaya lebih permukaan pada hujung batang daun. Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam.

POKOK LIDAH JIN, BUAT RUMAH ANDA KURANG BERHABUK 3

Jenis pasu berlubang.

POKOK LIDAH JIN, BUAT RUMAH ANDA KURANG BERHABUK 4

Tutup lubang dengan surat khabar.

POKOK LIDAH JIN, BUAT RUMAH ANDA KURANG BERHABUK 5

Masukkan tanah 3/4 penuh.

POKOK LIDAH JIN, BUAT RUMAH ANDA KURANG BERHABUK 6

Daun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah.Ikutlah kreativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.

POKOK LIDAH JIN, BUAT RUMAH ANDA KURANG BERHABUK 7

Dah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu.Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi.Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.

POKOK LIDAH JIN, BUAT RUMAH ANDA KURANG BERHABUK 8

Seri rumah ada pokok hidup.

Buat anda yang sudah berkahwin lebih elok memangil pokok ini dengan nama snake plant atau pun lidah jin. Jika anda gelarkan lidah mertua nanti mertua anda kecil hati pula.

Selamat mencuba!

Sumber: Huda Zainal

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More