Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA 2024

Berikut kami kongsikan berkaitan permohonan untuk tawaran penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Program Ijazah Dalam Negara 2024

Permohonan penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2024 ini adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di

  • Universiti Awam (UA),
  • Politeknik Premier, dan
  • Government-Linked Universities (GLU)

yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat (4) keadaan PBU seperti berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Justeru, JPA kini sedang mempelawa pelajar yang memenuhi semua syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon penajaan PIDN bagi tahun 2024.

Permohonan adalah secara dalam talian (online) yang kini dibuka mulai 29 Februari 2024 sehingga 7 April 2024.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA.

Bidang bidang yang dimohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).

Bidang-bidang pengajian yang ditaja adalah seperti:

  • Klinikal dan kesihatan.
  • Sains.
  • Kejuruteraan dan teknikal.
  • Sains sosial.

Bidang-bidang yang tidak ditaja pula adalah seperti berikut:

  • Bidang pendidikan.
  • Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan, lesen menyelam dan sebagainya.
  • Program-program berbentuk francais Universiti Awam (UA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
  • Program-program berkembar / Ijazah Dual / Double Degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan.
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan.
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA.
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / dalam talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.
Permohonan Penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA 2024 1
Program Ijazah Dalam Negara

Syarat Kelayakan Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024

Sebelum mengisi permohonan, calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas daripada sebarang penyakit kronik serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  5. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

Selain itu, calon juga mestilah memenuhi syarat-syarat khusus seperti berikut:

  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
  2. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.
  3. Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat akademik seperti jadual berikut.

Bidang Selain Perubatan Dan PergigianBidang Perubatan Dan Pergigian
1. Pelajar telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.30 (bidang selain Kejuruteraan); atau
2. Pelajar bidang Kejuruteraan yang telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang kurangnya PNGK 3.00; dan
3. Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
1. Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
2. Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
Program Ijazah Dalam Negara
Permohonan Penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA 2024 2
Program Ijazah Dalam Negara

Cara Membuat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024

Tawaran penajaan ini telah disiarkan melalui laman Portal Penajaan JPA dan calon boleh merujuk syarat permohonan, maklumat program dan Frequently Asked Questions (FAQ) yang lebih terperinci pada iklan penuh permohonan pada pautan berikut:

>>>Iklan Penuh Permohonan PIDN Tahun 2024<<<

Permohonan kini dibuka secara dalam talian di Portal Penajaan JPA mengikut tarikh dan tempoh yang telah ditetapkan oleh JPA.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Program Ijazah Dalam Negara ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang atau e-melkan kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More