Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 Sekolah KPM

Berikut dikongsikan mengenai Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 murid-murid sekolah yang kini telah dibuka oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki alam persekolahan dikehendaki sentiasa peka dengan tarikh-tarikh penting permohonan dan sebagainya supaya pendaftaran anak-anak anda tidak tercicir untuk memasuki ke Tahun 1 sesi baru yang akan dibuka nanti.

Isi Kandungan

Syarat Kemasukan Persekolahan Bagi Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025

Syarat-syarat permohonan kemasukan murid ke Tahun 1 Sesi 2025 adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia.
  • Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2018 – 1 Januari 2019.
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 Sekolah KPM 1
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025

Cara Membuat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025

Pendaftaran kemasukan murid ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025 kini telah dibuka mulai 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024 secara dalam talian (online).

Kanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025 secara dalam talian (online) adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 sahaja.

Mulai Tahun 2023, pendaftaran secara dalam talian (online) boleh dibuat melalui Sistem Modul Pengurusan Awam (idMe), Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) dalam tempoh permohonan dibuka.

Aplikasi pendaftaran secara dalam talian (online) boleh dibuat di Sistem Modul Pengurusan Awam (idMe) dan cara mendaftar masuk adalah seperti berikut:

  • Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan Nombor Kad Pengenalan / Passport dan Kata Laluan anda.
  • Untuk pengguna baru idMe, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna.

Pendaftaran pengguna adalah menggunakan Nombor Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga.

Selepas selesai masuk ke dalam Sistem idMe, anda boleh mengisi semua maklumat-maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan antara maklumat yang perlu diisi adalah:

  1. Maklumat prasekolah / tadika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak

Anda juga boleh merujuk manual penggunaan Sistem idMe bagi melancarkan proses pendaftaran tersebut.

Seterusnya, borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa / penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan / Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka.

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Pendaftaran?

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Buku Rekod Kesihatan Murid (tarikh imunisasi / suntikan).
  2. Sijil Lahir Murid.
  3. Borang Permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online).
  4. Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga Murid.
  5. Sijil Nikah / Sijil Daftar Kahwin / Sijil Cerai dan Sijil Hak Jagaan Anak (jika berkenaan).
  6. Bil Utiliti – SYABAS / TNB / ASTRO / TELEFON (sebagai bukti alamat tempat tinggal).
  7. Laporan Kesihatan Doktor Dan Kad OKU (jika berkenaan).
  8. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi.

Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang dimohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza.

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 Sekolah KPM 2
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025

Tarikh-tarikh penting Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh Pendaftaran Dibuka2 Mei 2024
Tarikh Pendaftaran Ditutup30 Jun 2024
Keputusan Penempatan1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024
Tarikh Rayuan1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024

Untuk makluman semua, Modul Pendaftaran Tahun 1 akan dibuka bermula 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024.

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.

Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga agar sentiasa membaca makluman terkini di laman utama idme supaya tidak ketinggalan info-info terkini yang penting.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025, anda boleh merujuk di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM.

Semoga perkongsian info tentang Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 ini dapat membantu ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak Tahun 1 dan akan didaftarkan ke persekolahan bagi sesi yang akan dibuka nanti. Semoga Bermanfaat!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More