Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Subsidi Upah 5.0 (PSU 5.0)

Program Subsidi Upah 5.0 (PSU 5.0) adalah satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan yang memberi manfaat kepada pekerja tempatan. Program ini dikendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Program Subsidi Upah 5.0

Apakah Itu Program Subsidi Upah (PSU)?

Program Subsidi Upah atau PSU ini adalah satu bentuk bantuan kewangan yang majikan bayar kepada setiap orang pekerja tempatan bagi setiap perusahaan. Namun begitu, untuk Program Subsidi Upah 5.0 kali ini, perkara berikut perlu diambil maklum:

  1. Program Subsidi Upah 5.0 adalah khas untuk majikan beroperasi di dalam sektor pelancongan, yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan.
  2. Subsidi upah RM600 sebulan bagi setiap pekerja, untuk tempoh masa 3 bulan.
  3. Terhad kepada 500 pekerja setiap tuntutan.

Tujuan Program Subsidi Upah

Program ini bertujuan membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Bantuan ini adalah supaya dapat majikan yang terkesan dengan keadaan ini meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Latar Belakang Program Subsidi Upah

Program Subsidi Upah 5.0

Kerajaan pada mulanya sudah melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 1.0 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada tahun 2020. PSU 2.0 kemudiannya dilaksanakan oleh kerajaan dengan mengumumkan pakej Kita Prihatin dalam tahun yang sama. Kemudiannya bulan Januari tahun 2021, kerajaan telah mengumumkan PSU 3.0 sebagai sebahagian daripada Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Dalam tahun yang sama juga, PSU 4.0 telah dilaksanakan bagi tujuan yang sama iaitu membantu majikan yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Kini, di bawah Bajet 2022 yang dibentangkan akhir tahun lalu, kerajaan melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 5.0, dalam memastikan majikan dan pekerja dapat dibantu dalam keadaan masa kini.

Program Subsidi Upah 5.0

Siapa Yang Layak Memohon Program Subsidi Upah 5.0?

Bagi PSU 5.0, golongan majikan yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya seperti aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan dan lain-lain. Muat turun Senarai Aktiviti Industri Berkaitan di sini: Lampiran A
  2. Perniagaan mengalami kadar penurunan jumlah jualan atau pendapatan bulanan sebanyak 30% atau lebih.
  3. Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022.
  4. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan sebeum 1 Januari 2022.

Di bawah adalah jadual kelayakan dan faedah di bawah program PSU 5.0:

a) Had Bilangan Pekerja yang Boleh Dituntut

Bilangan Maksima

500 pekerja

b) Kadar Bayaran bagi Majikan

Sedia ada dan Baru

RM600 sebulan setiap pekerja selama 3 bulan bagi Sektor Pelancongan
yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30% daripada
jumlah jualan atau pendapatan

c) Syarat-Syarat Kelayakan

Kadar Penurunan
Pendapatan atau Jualan

Kadar
penurunan sebanyak 30% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan
bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding mana-mana bulan pada tahun
2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan
wabak COVID-19
.

Pendaftaran Majikan

<![if !supportLists]>1.
<![endif]>Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022.

<![if !supportLists]>2.
<![endif]>Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) atau Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2022

Gaji Pekerja

Tiada had gaji pekerja

Syarat-Syarat Lain

Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja yang tersenarai dalam permohonan sepanjang program dijalankan. Majikan dibenarkan untuk menguurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji dengan persetujuan bersama pekerja.

Cara Memohon

Permohonan
hendaklah dikemukan oleh majikan melalui capaian laman sesawang berikut: http://prihatin.perkeso.gov.my/

Tarikh Penting PSU 5.0

  1. PSU 5.0 di bawah BAJET 2022 telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2022 yang lalu.
  2. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Januari sehingga 31 Mac 2022.

Kaedah Permohonan PSU 5.0

  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan secara atas talian. KLIK DI SINI untuk ke laman sesawang permohonan PSU.
  • Setelah permohonan lengkap diisi, pihak majikan akan menerima nombor rujukan
  • Bagi majikan sedia ada, yang sedang atau telah menerima PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 dan PSU 4.0:
    1. Perlu mengemukakan permohonan baru bagi PSU 5.0 di Portal PSU memandangkan syarat PSU 5.0 adalah berbeza dengan PSU sebelum ini
    2. Perlu mengemaskini perubahan maklumat setelah mendapat bayaran tuntutan bulan-bulan berikutnya, sekiranya berlaku perubahan kepada status keaktifan perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem. Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Dokumen yang diperlukan untuk permohonan adalah:
      1. Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
      2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
      3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No. BRN dan No. akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
      4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
      5. Akuan Pengisytiharan PSU 5.0

Maklumat Tambahan Permohonan PSU 5.0

  • Majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai di dalam Lampiran A dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 boleh mengemukakan rayuan secara atas talian melalui Portal Aduan
    1. PERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad
  • Tarikh akhir permohonan PSU 5.0 BAJET 2022 adalah pada 31 Mac 2022 dan tertakhluk kepada peruntukan dana kerajaan di bawah BAJET 2022
  • Maklumat lanjut berkenaan PSU 5.0 boleh di muat turun di sini: Lampiran A

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More