Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ, Tuntutan Boleh Dibuat Jika 3 Perkara Ini Berlaku

Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ boleh dilakukan jika penuntut mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh penguat kuasa.

Saman adalah perintah rasmi yang menuntut seseorang hadir ke mahkamah untuk didakwa atau panggilan utk diadili kerana kesalahan-kesalahan yang telah dibuat. Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua (2) iaitu saman yang boleh di kompaun dan saman yang tidak boleh di kompaun.

  • Saman yang boleh di kompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
  • Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalan notis saman.

Sita pula adalah perihal mengambil (menahan, me­rampas) barang-barang dan sebagainya dengan perintah mah­kamah atau oleh polis / JPJ.

Saman adalah perkara biasa yang selalu dikenakan oleh seseorang yang membuat kesalahan di jalan raya, tetapi sita jarang disebut oleh orang kerana sita kebiasaanya adalah bagi tujuan menghentikan kesalahan berulang dan berisiko tinggi bagi mengelakkan perkara tidak diingini iaitu menjurus kepada kecederaan parah atau kemalangan maut.

Tindakan menyita juga adalah bagi melengkapkan prosedur siasatan pelbagai kes kesalahan semasa dan rekod lampau pengendali kenderaan seperti tiada insurans, tiada lesen memandu, ubah suai piawai keselamatan dan sebagainya.

Jadi adakah anda tahu bahawa kenderaan yang disita juga boleh ditebus semula dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak penguat kuasa? Jom ikuti perkongsian Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ dibawah.

Isi Kandungan

Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ

Di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Pegawai Pengangkutan Jalan boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu, identiti kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.

Kenderaan yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh dituntut / dilepaskan apabila Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ berikut telah diselesaikan iaitu:

  1. Setelah identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti.
  2. Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan.
  3. Dilepaskan oleh mahkamah.

Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ

Pelepasan Kenderaan Yang Disita

Kenderaan disita akan dilepaskan kepada pihak yang berkenaan seperti di bawah iaitu:

  1. Pemunya / pemilik berdaftar.
  2. Institusi kewangan (jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan).
  3. Agensi Kerajaan seperti Polis / Kastam.
  4. Orang yang diberi kuasa di bawah Pentadbir Pusaka.
  5. Bagi kenderaan syarikat, mereka yang layak menuntut kenderaan adalah
  • pengarah; atau
  • pengurus besar; atau
  • setiausaha; atau
  • pegawai yang dilantik / diberi kuasa.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:

  1. Permohonan / tuntutan secara bertulis.
  2. Kad pendaftaran asal.
  3. LKM dan insurans yang sah.
  4. Lesen memandu yang sah dan masih berkuat kuasa.
  5. Kad pengenalan.
  6. Permit asal (untuk kenderaan perdagangan / sekolah memandu).
  7. Borang 49 (untuk kegunaan syarikat).

Harapan Penulis

Diharapkan dengan perkongsian Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ ini dapat membantu mereka yang memerlukan untuk menyelesaikan masalah kenderaan yang pernah disita oleh pihak penguat kuasa.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More