Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Adakah Boleh Puasa 6 Syawal Digabungkan Dengan Puasa Ganti?

Puasa 6 Syawal adalah puasa selepas bulan Ramadan selama enam (6) hari iaitu pada bulan Syawal.

Kita sudah masuk bulan Syawal 1444H. Semoga amalan kita di sepanjang Ramadan 1444H diterima Allah S.W.T. Apabila masuknya Syawal, antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S.A.W ialah puasa enam (6) hari.

Nabi S.A.W bersabda

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun”
(Riwayat Imam Muslim)

Isi Kandungan

Lafaz Niat Puasa 6 Syawal

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”

Seterusnya, ganjaran umpama berpuasa setahun akan diberikan kepada semua umat Islam yang mahu mengambil peluang ini. Justeru, sementara kita masih mempunyai masa janganlah kita melepaskan peluang untuk meraih pahala puasa 6 yang hanya datang setahun sekali ini!

Hukum Gabung Puasa 6 Syawal Dengan Puasa Ganti

Saban tahun, persoalan menggabungkan puasa 6 syawal dengan puasa ganti kerap ditanya. Bagi wanita khususnya, ramai yang inginkan kepastian sama ada ganti puasa boleh disekalikan dengan puasa 6 atau tidak.

Puasa 6 Syawal

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya HARUS.

Meskipun diharuskan, menutut mazhab Syafie, tetapi ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna. Ini kerana ia lebih afdal dilakukan pada hari berlainan.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Jika Puasa 6 Syawal boleh digabungkan dengan puasa ganti, jadi macam mana bagi lafaz niat puasa tersebut?

Niatnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadan beserta sunat Syawal kerana Allah Ta’ala.”

Cara Pelaksanaan

Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Tetapi cara yang paling afdhal adalah berturut-turut selepas hari pertama bulan Syawal (iaitu mulai 2 Syawal). Ini kerana, melewatkannya akan menimbulkan rasa malas sedangkan bersegera melakukan ibadah adalah lebih afdhal.

Puasa 6 Syawal

Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal (lebih baik) mengasingkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha.

Walau bagaimanapun, sah jika menggabungkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha serta mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif (lemah).

Dibolehkan puasa enam terlebih dahulu jika:

1. Dibimbangi tidak sempat untuk puasa enam jika didahului puasa qada.
2. Sihat walafiat untuk puasa qada selepas itu.

Namun begitu, menyegerakan untuk menggantikan puasa terlebih dahulu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Wallahu A’lam.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More