Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ini Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama

Anda Tahu Tak Sebenarnya Ada Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama?

Siapa sahaja yang tidak suka dengan keropok lekor lebih-lebih lagi sekiranya dapat pekena pada waktu petang atau hujung minggu.

Pembuatan keropok lekor adalah berasaskan daripada ikan segar dengan campuran tepung dan ia sememangnya terkenal di negeri-negeri Pantai Timur khususnya Terengganu.

Walau bagaimanapun, keropok lekor sering terdapat isu mengenai ketahanannya ketika disimpan dalam tempoh yang lama.

Kadangkala, jika ingin digoreng, bau sesetengah keropok lekor yang belum digoreng sudah berbau masam atau busuk bahkan rasa aslinya juga sudah hilang selepas digoreng.

Isi Kandungan

Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama

Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama dan boleh disimpan dalam tempoh berbulan-bulan ini adalah daripada Afy Al Habibi di Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Seperti yang kita tahu masalah utama keropok lekor ini kalau disimpan pada tempoh yang lama di dalam peti sejuk suhu biasa pasti akan menimbulkan selaput putih pada keropok lekor, terdapat bau masam dan rasa juga akan sudah menjadi lain.

Justeru, jom ikuti perkongsian tips dan rahsia simpan keropok lekor supaya tahan lama dan masih dapat mengekalkan rasa asli keropok tersebut dibawah.

Tips Simpan Lama Stok Keropok Lekor & Untuk Kekalkan Rasa Keropok Yang Sedap

Anda boleh ikut tips dan langkah-langkah di bawah untuk simpan stok keropok lekor yang anda beli.

  1. Selepas anda beli keropok lekor, anda perlu terus potong keropok lekor yang dibeli mengikut saiz keropok lekor yang anda suka.
  2. Kemudian, anda perlu masukkan keropok lekor yang sudah dipotong itu ke dalam plastik mengikut kuantiti sekali goreng sahaja.
  3. Masukkan dalam peti sejuk beku. Jangan risau dan tak kira berapa lama yang anda simpan, In sha Allah keropok lekor tersebut pasti tidak akan rosak.
  4. Apabila anda ingin makan keropok lekor pada bila-bila masa sahaja, anda hanya perlu mengambil 1 plastik yang telah disimpan itu sahaja.
  5. Rebus sekejap di dalam air yang mendidih untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.  Kerana ada perbezaan dengan hasil lepas defrost dan terus goreng macam itu sahaja.
  6. Jangan lupa masukkan 1/3 sudu kecil garam untuk elak rasa tawar kerana kita rebus semula keropok lekor tadi kan.
  7. Rebus dalam 5 minit sahaja.
  8. Toskan seketika.
  9. Kemudian, anda boleh goreng mengikut tahap garing yang anda suka. Guna api sederhana besar sahaja.
  10. Keropok lekor sedap sedia dihidang.

Itulah rahsia untuk dapatkan keropok lekor dengan rasa isi ikan yang penuh dan apabila gigit keropok pun terasa lembut sahaja kerana telah direbus terlebih dahulu.

Aduh bayangkan, sedap dan senang sahaja kan? Selamat mencuba!

Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama

Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama

Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama

Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama

Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama

Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama

Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama

Kredit Sumber: Afy Al Habibi via Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Begitulah Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama yang kita boleh cuba dan lakukan sendiri di rumah untuk tahan lebih lama dan rasanya juga kekal sedap.

Semoga perkongsian Rahsia Simpan Keropok Lekor Supaya Tahan Lama ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More