Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Roket Hamas sasar Tel Aviv selepas serangan Israel merobohkan menara Gaza

TEL AVIV: Tentera Hamas semalam, menembak roket ke pusat ekonomi Israel, Tel Aviv sebagai balasan terhadap serangan zionis menghancurkan blok menara di Gaza, ketika musuh melakukan serangan senjata paling berat mereka sejak beberapa tahun.

Peningkatan mendadak serangan didorong keganasan di Baitulmaqdis yang membunuh sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan tiga warga Israel, manakala ratusan tercedera.

‘Ini hanya permulaan’ serangan Israel, Menteri Pertahanan, Benny Gantz, memberi amaran.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pula ‘bersedia berdepan, jika Israel ingin meningkatkan serangan’.

Utusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Perdamaian Asia Barat, Tor Wennesland, berkata Israel dan Hamas sedang menuju ‘perang berskala penuh’.

Di kawasan Gaza yang sesak, 10 kanak-kanak dan seorang wanita adalah antara mangsa terkorban, sejak malam kelmarin.

Seramai 203 orang dilaporkan cedera akibat serangan udara berterusan Israel dan ramai diselamatkan daripada runtuhan bangunan.

Di Israel, kedengaran siren ketika serangan roket Hamas dan beberapa mangsa gagal berlindung di tempat perlindungan bawah tanah dekat bawah jambatan.

Penduduk Ramat Gan dekat Tel Aviv, Haim Roy Ben Shlomo, 38, berkata ‘ia menakutkan’, selain terdengar ‘beberapa tembakan atau ledakan kuat di atas kepalanya’.

Seorang wanita Israel terbunuh ketika roket terkena Rishon Lezion di pinggir selatan bandar pesisir, manakala sebuah bas terbakar dalam serangan berhampiran Holon dengan rakaman AFP menunjukkan pasukan penyelamat membersihkan serpihan.

Kejadian itu memaksa Israel menghentikan penerbangan di lapangan terbang utamanya Ben Gurion, berhampiran Tel Aviv.

Di Gaza, orang ramai mengasingkan serpihan susulan serangan udara Israel menghancurkan bangunan 12 tingkat.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Umat Islam diminta buat solat hajat selamatkan Masjid Al-Aqsa

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More