Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan STPM 2024 Bagi Semester 1

Semakan Keputusan STPM 2024 bagi semester 1 akan diumumkan bermula pada 25 April 2024, jam 10.00 pagi.

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 itu telah dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui sebuah infografik di media sosial rasmi badan tersebut.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon serta cara untuk membuat rayuan semak semula keputusan.

Isi Kandungan

Tarikh Semakan Keputusan STPM 2024 Semester 1

Tarikh Semakan Keputusan STPM 2024 bagi semester 1 adalah pada tarikh dan waktu seperti ketetapan berikut iaitu

  • Hari: Rabu, 25 April 2024.
  • Masa: 10.00 pagi.
Semakan Keputusan STPM 2024 Bagi Semester 1 1
Semakan Keputusan STPM 2024

Cara Semakan Keputusan STPM 2024

Terdapat 2 cara semakan bagi calon-calon untuk mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mereka. Sila rujuk langkah-langkah semakan di bawah.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:

Semakan Melalui Portal MPMSemakan Melalui SMS
1. Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan berikut:
>>>Semakan Keputusan STPM 2024<<<
2. Sila isikan No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran anda pada ruang kosong yang disediakan.
3. Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.
STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai jam 10.00 pagi.

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected].

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2024 Semester 1

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2024 bagi Semester 1 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh Buka Rayuan Semak Semula Keputusan: 25 April 2024 (10.00 pagi)
  • Tarikh Tutup Rayuan Semak Semula Keputusan: 3 Mei 2024 (12.00 malam)

Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2024 bagi Semester 1 boleh dibuat secara dalam talian (online) pada pautan berikut:

>>>Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2024 Semester 1<<<

Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah sebanyak RM50.00 bagi satu mata pelajaran (satu kertas).

Bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui MyPay dan keputusan akan diterima dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Semakan boleh dibuat di pautan berikut:

>>>Semakan Keputusan Rayuan Semula Keputusan STPM 2024 Semester 1<<<

Semakan Keputusan STPM 2024 Bagi Semester 1 2
Rayuan Semakan Semula Keputusan STPM 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan STPM 2024 ini, sila rujuk kenyataan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di Laman Web Rasmi MPM atau terus hubungi 03 – 6126 1600.

Keputusan adalah muktamad, semoga berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More