Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan UPKK Tahun 2023 Akan Dikeluarkan Pada 18 April 2024

Semakan Keputusan UPKK bagi Tahun 2023 akan dikeluarkan bermula pada 18 April 2024, jam 12.00 tengah hari.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon UPKK bagi tahun 2023.

Isi Kandungan

Apa Itu UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian

  • Al-Quran,
  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah),
  • Sirah,
  • Adab ( Akhlak Islamiyah),
  • Jawi dan Khat, dan
  • Asas Lughatul Quran.

Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu

  1. Amali Solat
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  3. Tilawah Al-Quran
  4. Pelajaran Jawi dan Khat
  5. Sirah
  6. Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
  7. Adab (Akhlak Islamiah)
  8. Lughah Al-Quran

UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Semakan Keputusan UPKK Tahun 2023 Akan Dikeluarkan Pada 18 April 2024 1

Tarikh Semakan Keputusan UPKK Tahun 2023

Makluman semakan keputusan peperiksaan UPKK Tahun 2023 itu telah dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui sebuah kenyataan media rasmi mereka.

Justeru, tarikh rasmi semakan keputusan UPKK Tahun 2023 adalah pada tarikh dan waktu seperti ketetapan berikut, iaitu

  • Hari: Khamis, 18 April 2024.
  • Masa: 12.00 tengah hari.
Semakan Keputusan UPKK Tahun 2023 Akan Dikeluarkan Pada 18 April 2024 2
Semakan Keputusan UPKK

Cara Membuat Semakan Keputusan UPKK Tahun 2023

Ibu bapa / penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 18 April 2024 (Khamis), bermula jam 12.00 tengah hari.

Keputusan UPKK ini boleh disemak melalui dua (2) kaedah berikut:

Semakan Dalam Talian (Online)Semakan boleh dibuat pada laman sesawang di pautan berikut dengan menggunakan No. MyKad dan No. Angka Giliran.
>>>Semakan Keputusan UPKK Tahun 2023<<<
Semakan Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)Kaedah semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2023 juga boleh dibuat dengan menaip UPKK<jarak>No. MyKad<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Selain semakan online, ibu bapa / penjaga boleh mendapatkan Slip UPKK Tahun daripada pihak sekolah masing-masing.

Ibu bapa / penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 19 April 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan UPKK 2023 ini, sila rujuk Laman Web Khas JAKIM dari semasa ke semasa.

Keputusan adalah muktamad, semoga berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More