Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Maidam 2023: Status Kelayakan Permohonan Zakat

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan maidam 2023 yang mungkin dicari dan diperlukan oleh rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Terengganu.

Isi Kandungan

Fungsi Dan Objektif Maidam

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) adalah sebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam di Terengganu.

Antara fungsi MAIDAM juga adalah sebagai tempat permohonan zakat bagi mereka yang layak.

Objektif MAIDAM adalah untuk

  1. meningkatkan kefahaman tentang kewajipan membayar zakat di kalangan orang Islam negeri Terengganu.
  2. pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu dan halal dengan mengguna pakai pendekatan yang berupaya untuk membebaskan umat Islam daripada garis kefakiran, kemiskinan dan kejahilan.
  3. pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu melalui peningkatan kefahaman dan dakwah islamiyyah, pengukuhan aqidah, pemurnian akhlak dan perlindungan hidup (duniawi dan ukhrawi) khususnya kepada golongan sasaran dan yang berisiko tinggi.
  4. peningkatan kebajikan kepada anak yatim, kanak-kanak, wanita dan warga emas yang berisiko tinggi dari pelbagai sudut, khususnya dalam kalangan fakir, miskin dan muallaf.
  5. pelaksanaan dan penyaluran agihan zakat dan sumber lain secara efisyen, adil dan berkesan dengan memberi keutamaan kepada asnaf-asnaf dan golongan sasaran ke arah pencapaian matlamat dan objektif MAIDAM.
  6. mempertingkatkan sumber pendapatan tahunan melalui projek pembangunan dan pemilikan aset untuk menjana sosio ekonomi umat Islam.
  7. memastikan harta-harta wakaf dan sumber am terpelihara, berkembang dan dibangunkan berlandaskan syarak.
  8. pembudayaan amalan berwakaf sebagai sedekah jariah di kalangan masyarakat ke arah memperkasakan sosio ekonomi umat Islam.
  9. membebaskan umat Islam daripada terjebak dengan amalan riba yang dimanipulasi oleh sistem pajak gadai konvensional melalui kemudahan pinjaman (mikro kredit) secara mudah dan cepat kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Semakan Maidam 2023 (Semakan Status Permohonan)

Kepada semua rakyat Terengganu, anda boleh layari portal rasmi Semakan Status Permohonan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu dan boleh memasukkan nombor kad pengenalan serta klik butang semak untuk membuat kelayakan semakan maidam 2023.

Semakan yang boleh dibuat pada portal tersebut adalah untuk

  • semakan permohonan bantuan bulanan / modal perniagaan / berhutang / baiki atau bina rumah / perubatan / bencana alam.
  • semakan penerima bantuan bulan Ramadhan.
  • semakan bantuan masjid / surau.
Semakan Maidam 2023: Status Kelayakan Permohonan Zakat 1
Semakan Maidam 2023

Proses Permohonan Zakat

Selepas membuat semakan maidam 2023 seperti di atas, jika anda layak untuk memohon zakat dan ingin membuat permohonan, berikut adalah proses bagi permohonan anda.

Permohonan / Cadangan > Siasatan / Laporan > Pertimbangan / Keputusan > Bayaran / Makluman > Pemutihan

Carta aliran tersebut akan digunakan untuk proses pemberian bantuan zakat kepada penerima yang layak.

Golongan Penerima Bantuan Zakat

Penerima bantuan zakat Maidam mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori Penerangan Kategori Penerima
MiskinMiskin adalah individu beragama Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menanggung lebih 50%, tetapi tidak mencapai 100% untuk mencukupi keperluan asasi diri dan orang-orang yang ada di bawah tanggungannya.
FakirFakir adalah individu yang tidak mempunyai harta atau pendapatan atau pun tidak mencukupi 50% untuk menanggung sara hidup walaupun mempunyai pendapatan.
AmilAmil adalah individu atau organisasi yang diberikan tugas untuk menjalankan kerja-kerja urusan pungutan dan agihan zakat.
MuallafMuallaf adalah seseorang yang diberikan hidayah pada hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih rapuh.
Al-GhariminAl-Gharimin pula adalah golongan yang berhutang untuk memenuhi sara hidup asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan jalan keluar segera yang dibenarkan oleh hukum Syarak.
Al-Riqab Al-Riqab adalah memerdekakan orang-orang Islam daripada dibelenggu perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi belenggu fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.
FisabilillahFisabilillah pula adalah mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
IbnussabilIbnussabil adalah mana-mana individu yang berada dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum Syarak dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan seperti terputus bekalan dalam perjalanannya dan tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan, memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan atau ditinggalkan dalam perjalanan.
Semakan Maidam 2023

Diharapkan perkongsian cara semakan maidam 2023 ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More