Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Kewangan 2023 Fasa 2

Bantuan Khas Kewangan 2023 Fasa 2 ini akan melibatkan sumbangan tunai sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Selangor.

Untuk makluman, ketika pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Selangor baru-baru ini, sebuah bantuan kewangan telah diumumkan iaitu Bantuan Khas Kewangan (BKK).

BKK merupakan sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang telah pun dimulakan kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, bulan Mei lalu.

Isi Kandungan

Makluman Terkini Berkaitan Bantuan Khas Kewangan 2023 Fasa 2

Semasa pembentangan Belanjawan 2024 untuk negeri itu, Menteri Besar Selangor Datuk Amiruddin Shari mengumumkan insentif khas untuk rakyat Selangor iaitu Bantuan Khas Kewangan (BKK) sehingga sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 akan disalurkan kepada kakitangan awam. Katanya, pemberian BKK ini termasuk kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 sudah dilaksanakan sempena Aidilfitri lalu.

“Bagi BKK kali kedua, insentif 1 bulan gaji minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember 2023. Bantuan Khas Kewangan kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kepada Metro pada 10 November lalu.

Amirudin Shari berkata, pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).

Bantuan Khas Kewangan 2023 Fasa 2 1
Amirudin Shari bersama barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bergerak ke Bangunan Annex untuk perbentangan Belanjawan 2024 Negeri Selangor.
Bantuan Khas Kewangan 2023 Fasa 2 2
Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Selangor dalam Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 di Shah Alam, Selangor, 10 November lalu.

Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Khas Kewangan 2023 Fasa 2

  • Bantuan Khas Kewangan 2023 Fasa 2 sebanyak RM1,000 ini akan dibayar kepada yang layak pada 28 Disember 2023 bulan hadapan.
Kredit Sumber: Youtube Berita RTM

Penutup

Diharapkan info terkini tentang Bantuan Khas Kewangan 2023 Fasa 2 ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More